Thursday, September 6, 2007

Politik Islam Yang Agung


"Sebaik-baik pemimpin kamu, adalah orang yang kamu cintai, mereka pun mencintai kamu. Kamu mendo’akan mereka, mereka pun mendo’akan kamu. Dan seburuk-buruk pemimpin kamu, adalah orang yang kamu benci dan mereka pun membenci kamu. Kamu melaknat mereka, dan mereka pun melaknat kamu." (H.r. Muslim dalam Shahih Muslim, III/1481; Al-Baehaqi, Sunan Al-Kubra, VIII.158)
Inilah gambaran sifat pemimpin politik yang menjalankan kepemimpinan politiknya dengan betul, sehinggalah melahirkan kecintaan rakyat kepada mereka. Bila, mereka disebut sebagai pemimpin politik yang dicintai rakyat, dan sebaliknya, bilakah pula mereka dibenci oleh rakyat? Hadits di atas telah memberikan gambaran yang cukup jelas. Iaitu, ketika pemimpin politik tersebut melakukan fungsi politik yang dibawanya dengan baik. Ia dicintai rakyat, kerana ia mencintai mereka. Ia dido’akan rakyat, kerana ia mendo’akan mereka. Dan bilakah pula, ini semua terjadi?. Iaitu, ketika ia sebagai pemimpin politik telah memberikan seluruh hak rakyat. Ia menjalankan kewajiban sebagai pemimpin dengan adil, tidak menindas, atau bertindak zalim. Melayani semua lapisan rakyat dengan sama, tanpa dibeza-bezakan. Cintanya kepada rakyat timbul dari rasa tanggungjawabnya yang tinggi kepada mereka. Kerana takut ianya tidak boleh mempertanggungjawabkan hisab atas tanggungjawab rakyatnya di hadapan Allah SWT.
"Sungguh aku ingin menghadap Allah SWT. dan tidak seseorang pun yang menuntut (haknya) kepadaku, kerana kezaliman (nescaya akan aku penuhi). Maka, sesiapa sahaja yang hartanya pernah aku ambil (dengan cara zalim), inilah hartaku, ambilah. Dan sesiapa sahaja yang belakangnya pernah aku rotan (dengan cara zalim), ini belakangku, balaslah." ungkapan baginda Nabi suatu ketika. Dan ketika ada seorang wanita mencuri, kerana wanita itu merupakan wanita bangsawan, muncul tuntutan sekelompok orang supaya hukumannya digugurkan agar tidak menjatuhkan kewibawaannya. Dengan marah Nabi menjawab: "(Jangankan wanita ini) kalau sahaja Fatimah binti Muhammad mencuri, tentulah aku akan memotong tangannya." (HR Imam Ahmad, Muslim dan An-Nasa’i).
Bukan hanya terhadap orang Islam baginda berlaku adil, malah terhadap orang non-Islam pun baginda berlaku sama. Pernah baginda membunuh orang Islam kerana orang Islam itu telah membunuh orang Yahudi yang menjadi rakyat negara Islam, ahli ad-dzimmah, yang darah, harta dan kehormatannya baginda jaga. Kata baginda: "Sayalah orang yang paling berhak menunaikan dzimmah (jaminan) seseorang." Dalam riwayat yang lain, baginda mengatakan: "Sesiapa sahaja yang membunuh satu jiwa yang terikat dengan perjanjian, dimana ia memperolehi jaminan Allah dan Rasul-Nya, maka orang itu telah membatalkan jaminan Allah. Dan dia tidak akan mencium bau syurga."
Jaminan inilah yang diberikan oleh baginda Rasulullah saw. kepada seluruh rakyat tanpa memandang bangsa, agama dan lain-lain. Disinilah, konsep kepemimpinan politik baginda ditanamkan: "Pemimpin yang menjadi pemimpin manusia adalah seumpama pengembala, yang merupakan satu-satunya orang yang bertanggungjawab terhadap gembalanya." (HR Muslim, Abu Dawud, At-Turmidzi dari Ibnu Umar) kata baginda suatu ketika, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. "Imam itu adalah perisai, yang akan menjadi pelindung bagi orang yang ada di belakangnya. Orang akan berperang dibawah komandernya." (HR Muslim dari Al-A’raj) ungkap beliau dalam kesempatan yang lain.
Inilah kerangka utama pemikiran politik baginda Rasulullah saw. Pemimpin adalah pengembala, sehingga dia tidak akan menjadikan ‘gembalanya’ sebagai mangsa iaitu rakyat yang dipimpinnya. Tidak akan memakan hak-hak rakyat atau memerah rakyat seperti lembu perahan. Membiarkan rakyat kelaparan, tidak adil dalam mengasaskan konsep pembangunan yang hanya mengutamakan orang-orang kaya, sanak kerabat dan kroninya, sedangkan rakyat secara am dibiarkan menderita. Mereka selalunya menyalahkan rakyat, dan bukannya merasa bersalah serta wajib bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan oleh rakyatnya. Inilah pemimpin yang menjadi perisai.
Imej inilah yang dimiliki oleh pemimpin yang dididik oleh pendidikan baginda yang mulia. Abu Bakar, ketika diangkat menjadi khalifah masih bekerja seperti biasa sebagai pedagang, kemudian dilarang oleh Umar kerana boleh mengganggu tugas beliau sebagai khalifah. Beliau tidak mendapatkan gaji dari negara, namun diberi saguhati oleh negara sesuai dengan keperluan yang beliau perlukan. Ketika, beliau mendapati jumlah saguhati yang diberikan kepada isterinya masih boleh dijimatkan dan dibelikan baju oleh isterinya untuk keperluan beliau, beliau mengatakan: "Kalau demikian, saguhati saya harus dikurangi. Kerana ini pun sudah berlebihan" Betapa wara-nya sikap Abu Bakar, sahabat dan mertua Nabi yang mulia itu. Bahkan, sebelum beliau wafat, beliau membuat wasiat agar seekor keledai, dua buah tempayan air dan sehelai baju dinas (baju rasmi khalifah) dikembalikan kepada negara, kerana itu bukan hak beliau. Sehingga Umar terharu melihatnya: "Inilah yang menyulitkan (memberatkan) khalifah-khalifah berikutnya. Kerana tidak ada yang mampu seperti beliau."
Umar bin Khattab pun demikian. Ketika beliau didesak oleh rakyatnya agar mengangkat putera beliau, Abdullah bin Umar, sebagai penggantinya beliau murka dan mengusir mereka. "Semoga engkau dibinasakan oleh Allah. Demi Allah, saya tidak menginginkannya. Celakalah kau.…Tidak, saya tidak akan mewariskan urusan kamu kepada keluarga saya. Saya tidak mengharapkan pujian dengan menyerahkan urusan ini kepada salah seorang di antara anggota keluarga saya. Sekiranya ada kebaikan, kita semua boleh merasakan dari salah seorang diantara keluarga kami, dan sekiranya ada keburukan, cukuplah salah seorang diantara keluarga Umar yang dihisab kerana urusan umat Muhammad ini. Sungguh saya telah mencurahkan diri saya, dan mengharamkan keluarga saya. Sekiranya saya berjaya hingga akhir, tanpa salah dan cela pun rasanya senang dan bahagia." kata Umar ketika itu (Nidzam Al-Hukmi Fi Al-Islam, An-Nabhani, hal. 102). Dan apabila beliau memilih seseorang untuk menjadi pegawainya, maka ketakwaan dan jaminan yang diberikan oleh Rasul terhadap orang itulah (iaitu kualiti peribadi orang tersebut) yang menjadi kriteria (ciri kelayakan) orang itu untuk dilantik serta ciri itulah yang akan menjadi dorongan beliau untuk memilih orang tersebut sebagai pegawainya. Beliau mengungkapkan alasan mengapa memilih enam orang untuk bermesyuarat dalam memilih salah seorang di antara mereka menjadi khalifah? Jawab beliau: "Mereka itu adalah ahli syurga." ungkap beliau ketika menunjukan Ali, Utsman bin Affan, Sa’ad bin Abi Waqqas, Abdurrahman bin Auf, Thalhah dan Zuber bin Al-Awwam (Nidzam Al-Hukmi Fi Al-Islam, An-Nabhani, hal. 102). Beliau memilih bukan untuk mempertahankan kepentingan peribadi beliau, keluarga beliau atau bahkan perniagaan beliau.
Inilah sepintas-lalu wajah politik Islam yang agung itu. Wajah politik yang menjunjung tinggi keadilan, kesamaan darjah, menghormati maruah, harta dan nyawa manusia. Ketika itulah tamadun manusia, masyarakat dan bangsa yang sebelumnya tidak dipertimbangkan dan tidak pernah masuk dalam catatan sejarah, tiba-tiba menjadi sebutan sejarawan di mana-mana. Tamadun yang sama sekali asing, baru dan original (asli), sehingga digambarkan oleh baginda: "Islam ini nampak asing, pada mulanya." (H.r. Muslim). Betapa tidak, tamadun Barat yang penguasa dan diktator itu telah menjadikan bangsa Eropah ketika itu sebagai hamba manusia. Pemimpin dianggap dewa, sehingga tidak pernah bersalah. Dibandingkan dengan Islam, sebagaimana doktrin Nabi: "Tidak ada yang lebih mulia di antara kalian, kecuali takwanya." Sehingga baginda sendiri meminta cadangan/usulan dan selalu mengajak sahabat-sahabat baginda bermesyuarat. Mesyuarat bagi baginda, adalah wajib, manakala bagi umatnya yang lain hukumnya sunnah. Padahal, baginda adalah Rasul yang ma’shum, yang tidak pernah melakukan kemaksiatan (Al-Ihkam Fi Al-ushuli Al-Ahkam, Al-Amidi, I/130).
Itulah, mengapa Abu Bakar sewaktu diangkat menjadi pemimpin, perkara mula-mula yang dikatakan di dalam khutbahnya adalah: "Hai manusia, saya telah diberi kepemimpinan untuk memimpin kamu, sedangkan saya bukanlah orang terbaik di antara kamu. Jika saya melakukan kebaikan, bantulah. Dan jika saya melakukan keburukan, luruskanlah saya. Kejujuran adalah amanah, sedangkan kedustaan adalah khianat. Orang yang lemah menurut kamu, adalah bagi saya kuat sehingga saya akan menunaikan haknya. Orang yang kuat menurut kamu, adalah bagi saya lemah, sehingga saya akan ambil haknya.". Inilah kata-kata beliau yang mulia itu. Sikap takwa yang melahirkan amanah inilah yang juga dimiliki oleh Umar: "Demi Allah, tidak ada satu urusan pun, yang kamu miliki selain disampaikan kepadaku kemudian ditangani oleh yang lain, selain aku." (Nidzam Al-Hukmi Fi Al-Islam, An-Nabhani, hal. 97-100). Inilah khalifah Rasul yang agung itu.
Pemimpin yang amanah dan tidak khianat. Inilah, ibrah (pengajaran) dari mereka. Amanah, adalah sikap menunaikan hak-hak dan kewajiban orang lain dengan baik. Tanpa sedikit pun merampas hak-hak dan kewajiban yang sememangnya harus diberikan kepada yang berhak. "Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu agar menunaikan amanah itu kepada yang orang yang berhak memperolehinya." (TMQ An-Nisa’: 58). Inilah doktrin politik Islam yang agung itu. Amanah yang lahir dari takwa, iaitu rasa menjaga diri yang dimiliki manusia, terhadap melakukan atau meninggalkan perbuatan yang mengakibatkan siksa neraka. Itulah takwa. Pemimpin yang bertakwa inilah yang tidak akan sanggup melakukan pengkhianatan kepada rakyatnya. Pemimpin yang khianat, sebagaimana pemimpin Islam di negeri-negeri kaum muslimin, yang menjual kedaulatan negaranya, kekayaan alamnya untuk dirampas orang lain, sedangkan rakyatnya kelaparan. Contohnya Bangladesh, negara yang kapasiti (keupayaan) makanannya cukup untuk keperluaan dalaman, namun tetap mengimport beras dari luar negeri. Indonesia juga kaya raya, namun rakyatnya miskin, kerana ketamakan pemimpinnya. Mereka tidak menunaikan hak-hak dan kewajiban rakyatnya. Mereka memimpin kerana kepentingan duniawi semata. Sikap politik yang rendah dalam sejarah tamadun manusia. Dibandingkan dengan ajaran Nabi: "Ada tiga kelompok orang yang wajahnya tidak akan dilihat oleh Allah, ….orang yang memilih dan mengangkat pemimpin, namun hanya kerana keuntungan duniawi semata. Jika ia diberi (apa yang diperlukannya), maka ia akan menunaikan janjinya. Jika ia tidak memperolehinya, maka ia akan meninggalkannya." (HR Bukhari dari Abu Hurairah). Sabda baginda yang mulia ini, memberi isyarat akan lahirnya konspirasi politik-ekonomi dalam politik manusia. Baginda sudah meramalkan akan kemunculannya, namun baginda mengancamnya dengan kemurkaan Allah kelak di akhirat kelak.
Pemimpin yang amanah inilah yang akan dicintai oleh rakyatnya. Inilah imej kepemimpinan nubuwwah yang oleh Nabi disebut: al-khilafata ‘ala minhaji an-nubuwwah, pewaris kepemimpinan politik Nabi yang mengikuti panduan kenabian. Inilah sistem politik Islam yang agung itu, iaitu sistem politik yang menguruskan urusan umat dengan menerapkan syari’at Islam secara keseluruhan di dalam Islam dan luar negeri. Betapa gemilangnya kejayaan Umar bin Abdul Aziz, dalam waktu yang singkat iaitu antara 717-720 M. telah berjaya mengembalikan kejayaan sistem politik Islam yang diselewengkan oleh Mu’awiyah. Beliau juga telah berjaya membanteras kemiskinan, sehinggalah sukar dicari orang miskin yang boleh diberi zakat. Menakjubkan, hanya dalam waktu dua tahun sahaja. Padahal, sebelumnya, beliau menghadapi warisan konflik politik, sosial dan ekonomi. Ternyata ketakwaan Umar bin Abdul Aziz-lah yang mampu menegakkan kembali keadilan syari’at Islam yang sebelumnya telah diselewengkan.
Memang, sejarah Islam telah dipenuhi dengan tiga wajah kepemimpinan politik: al-khilafata ‘ala minhaji an-nubuwwah, sebagaimana yang kita lihat dalam kekhilafahan Abu Bakar, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, Ali bin Abi Thalib. Setelah itu, sejarah dunia Islam mengalami pergeseran dari al-khilafata ‘ala minhaji an-nubuwwah menjadi al-mulkan ‘adhudhan (kepemimpinan politik yang diliputi penyimpangan), dimulai dari Mu’awiyah bin Abi Shafyan, Yazid bin Mu’awiyah hingga seterusnya sampai runtuhnya Khilafah Islam, kecuali dua tahun masa kepemimpinan Umar bin Abdul Aziz (717-720 M), keturunan khalifah agung Umar bin Al-Khattab, yang disebut al-khilafata ‘ala minhaji an-nubuwwah, oleh ahli sejarah Islam meski kemudian dibunuh oleh sanak-saudaranya. Dan setelah hancurnya Khilafah Islam, sejak tahun 1924 sampai sekarang, kepemimpinan politik di dunia Islam diwarnai dengan al-mulkan ‘jabariyan (kepemimpinan politik yang berkuasa dan diktator).
Jika didalam catatan sejarah sistem politik Islam yang agung ini hanyalah sesuatu yang uthopia (khayalan) namun, sejarah (kecuali sirah Nabi dan sahabat) memang tidak boleh dijadikan sumber hukum, bahawa sistem politik Islam yang agung itu hanyalah suatu yang berbentuk uthopia. Tidak. Sebab, sejarah bukanlah nas syara’, seperti Al-Quran atau As-Sunnah ataupun sirah Nabi. Disamping itu ia sangat dipengaruhi oleh penulisnya. Itulah hakikat sejarah.
Oleh kerana itu, dunia kini telah kehilangan sumbangan besar sistem politik Islam yang agung itu, kerana institusi politik yang agung (khilafah Islam) itu telah dimusnahkan, oleh orang kafir, Barat dan Timur, melalui Mustafa Kemal Attaturk. Seorang pejuang kebangsaan Turki, keturunan Yahudi Dunamah (Selonika). Dunia memerlukan keadilan, amanah, kesamaan darjah, pemeliharaan maruah, yang tidak boleh diberikan oleh sistem politik ketika ini. Dunia memerlukan al-khilafata ‘ala minhaji an-nubuwwah. Semoga kita menjadi Generasi Khilafah yang dijanjikan membawa kemenangan Islam.
Tahniah Chief Justice Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim

DI dalam ucapan di perasmian Seminar ' Ahmad Ibrahim : Pemikiran dan Penyumbangan Ilmu ' di Petaling Jaya , Chief Justice Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah dengan professional nya menekankan bahawa Malaysia tidak perlu lagi bersikap katak bawah tempuruk terperangkap dalam mentaliti orang jajahan dengan terus mengekalkan English Common Law dalam perundangan Malaysia. Malaysia sudah mempunyai ramai pakar undang undang tempatan yang dapat menyelesaikan masaalah perundangan ekoran dari mengikut membuta tuli undang warisan penjajah. Kenyataan ini amat di alu alukan oleh ummat Islam kerana English Common law yang menjadi ikutan Pelembagaan Malaysia telah banyak menyusahkan kehidupan mereka dalam soal ancaman murtad , kes kuasa makhamah syariah yang sangat terhad dan konflik antara Federal law dengan Shariah law. Ini tidak menjejas sangat orang bukan Islam . Walau bagaimana pun bila berlaku pertindihan kes saperti hak menjaga anak , hak mengurus jenazah waris , kadang kadang perkara ini boleh menjejas keharmonian kaum .
Undang undang sepatutnya tidak menjadi punca kepada kejejasan keharmonian kaum dan memandangkan majoriti rakyat Malaysia adalah Muslim maka sudah tiba masa nya undang undang Federal meraikan semua yang di tuntut oleh Islam tanpa mengetepikan hak orang bukan Islam. Terdapat protes dari orang bukan Islam dari individu individu yang sama namun mereka tidak mempunyai hujjah langsung untuk menolak reformasi undang undang Malaysia secara besar besaran. Nilai Islam adalah sebahagian dari nilai bagi majoriti rakyat Malaysia yang berugama Islam . Fungsi undang undang memastikan nilai dan budaya Islam di perlihara adalah penting untuk mengelak berlaku kegelisahan dikalangan pengguna undang undang dari orang Islam. Protest terhadap rombakan undang undang hendaklah di anggap sebagai anti social movement yang jumud yang tidak berniat langsung untuk melihat negara ini evolve kepada satu sistem perundangan yang mantap. Sekali kita mahu menyatakan syabas Chief Justice Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim kerana begitu professional melihat masaalah perundangan negara.

mansuh common law


PETALING JAYA 21 Ogos – Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim hari ini mencadangkan rujukan kepada Common Law Inggeris dimansuhkan daripada undang-undang sivil negara ini kerana ia menggambarkan minda pengamal undang-undang tempatan yang masih terjajah.
Beliau juga menegur sesetengah pengamal undang-undang yang terus mengguna pakai Common Law Inggeris dalam kes-kes perbicaraan tertentu.
Sambil menyifatkan mereka sebagai 'katak di bawah tempurung penjajah', Ahmad Fairuz menegaskan, gejala tersebut tidak seharusnya berlaku selepas 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.
Menurut beliau, setelah negara merdeka selama lima dekad, pakar-pakar perundangan tempatan seharusnya sudah mampu mewujudkan undang-undang yang lebih bermutu dan sesuai dengan keadaan semasa.
''Sudah 50 tahun kita merdeka, sudah 50 tahun kita terlepas daripada cengkaman penjajah, tetapi Seksyen 3 dan 5 Undang-Undang Sivil 1956 masih kekal dalam perundangan kita.
''Apakah ini petanda bahawa Common Law Inggeris itu adalah undang-undang yang paling baik di dunia? Apakah ini petanda bahawa pakar undang-undang kita masih di bawah tempurung penjajah?'' soalnya.
Ahmad Fairuz berkata demikian ketika berucap merasmikan seminar mengenai pemikiran ilmiah dan sumbangan Allahyarham Profesor Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini.
Turut hadir ialah Pengerusi IKIM, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Ketua Pengarah institut itu, Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas.
Menurut Ketua Hakim Negara, kegagalan memartabatkan perundangan sendiri seolah-olah memperlihatkan Malaysia sudah ketandusan kepakaran sehingga terpaksa meminjam daripada Common Law Inggeris sejak tahun 1957.
Katanya, di Malaysia, Common Law Inggeris masih dirujuk dalam kes-kes mahkamah jika tiada akta undang-undang tempatan yang boleh dipakai sebagaimana terkandung dalam Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-Undang Sivil 1956.
Seksyen 3 akta berkenaan memberi laluan kepada mahkamah negara ini untuk mengetepikan Common Law Inggeris, mengutamakannya atau mengambil kira keadaan setempat dalam membuat penghakiman.
Seksyen 5 akta yang sama membenarkan pemakaian seluruh undang-undang perdagangan yang ditadbir di England melainkan jika terdapat undang-undang tempatan.
Ahmad Fairuz memberitahu, sudah tiba masanya kedua-dua seksyen tersebut dipinda dengan memansuhkan semua rujukan kepada Common Law Inggeris dan undang-undang serta kaedah-kaedah ekuiti yang ditadbirkan di England.
Sebagai ganti, menurut beliau, pengamal undang-undang mungkin boleh merujuk kepada keputusan-keputusan mahkamah di negara ini yang mengikut undang-undang tempatan dan memberi keutamaan kepada keadaan di negeri-negeri di Malaysia.
Dalam hubungan ini, beliau mahu pakar undang-undang di Malaysia bersepakat sama ada mahu meneruskan amalan merujuk kepada Common Law.
Jika sebaliknya, tegas beliau, pendekatan baru perlu diambil bagi menggantikan Common Law Inggeris yang dilihat sudah sebati dalam perundangan negara.
Beliau menambah, mungkin juga sudah tiba masanya untuk memartabatkan undang-undang Islam bukan sahaja dalam perundangan negara tetapi juga perundangan antarabangsa.
Sekiranya idea itu diterima, jelas beliau, sudah pasti keharmonian undang-undang sivil dan undang-undang syariah dapat dicetuskan sehingga memberi impak maksimum kepada masyarakat.
Pada majlis itu, Ahmad Fairuz turut melancarkan buku berjudul Permata Pengislahan Perundangan Islam yang merupakan biografi Allahyarham Ahmad Ibrahim.
Ahmad Ibrahim ialah tokoh perundangan yang banyak menyumbang kepada pembangunan perundangan di negara ini khususnya undang-undang Islam.
Beliau merupakan salah seorang peguam dalam perbicaraan kes Natrah, wanita keturunan Belanda yang dibela oleh keluarga Islam dan kemudian dituntut semula oleh keluarga asalnya. Perbicaraan kes Natrah mencetuskan rusuhan di Singapura pada tahun 1950.
Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 82 tahun pada 17 April 1999 merupakan profesor undang-undang di Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Sumber : Utusan Malaysia

Tuesday, September 4, 2007

Mahkamah syariah tak praktis ‘stare decisis’



Thursday, 19 July 2007, 07:37am
©Berita Harian (Digunakan dengan kebenaran)
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar

PENGHAKIMAN Mahkamah Rayuan Putrajaya dalam kes rayuan dua beradik Au Meng Nam dan Ming Kong minggu lalu yang dilaporkan sebuah akhbar menarik perhatian. Ketika membacakan penghakiman itu, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Gopal Sri Ram menyatakan mahkamah persekutuan (dari segi kedudukan, Mahkamah Persekutuan adalah lebih atas dari mahkamah rayuan) sudah khilaf keputusannya dalam kes Adorna Properties Sdn Bhd lawan Boonsom Boonyanit.

Ruangan Peguam Syarie Menulis kali ini tidak berhasrat mengupas prinsip dalam kes Adorna Properties tetapi melihat pemakaian ‘Doktrin Duluan Mengikat’ di mahkamah sivil. Dalam kes di atas, mahkamah rayuan memutuskan prinsip dalam kes Adorna Properties tidak perlu diikuti oleh mahkamah rayuan kerana bertentangan dengan peruntukan Kanun Tanah Negara.

Dua hakim lain iaitu Datuk Md Raus Sharif dan Datuk Hasan Lah meminta supaya semakan dibuat tetapi menegaskan mereka terikat dengan keputusan yang dibuat mahkamah yang lebih tinggi sejajar dengan ‘Doktrin Duluan Mengikat’. Oleh demikian, mahkamah persekutuan akan membuat semakan terhadap keputusan berkenaan.

Gopal seterusnya mengatakan bahawa keputusan mahkamah mentafsirkan peruntukan undang-undang secara salah tidak perlu dipatuhi mahkamah bawahan. Dalam hal demikian, Hakim Gopal tidak mengaplikasikan ‘Doktrin Duluan Mengikat’ itu.

‘Doktrin Duluan Mengikat’ atau ‘stare decisis’ adalah suatu kaedah di mana prinsip keputusan sesebuah mahkamah yang lebih tinggi terpaksa diikut oleh mahkamah bawahan tanpa mengambil kira sama ada keputusan terdahulu itu betul atau sebaliknya.

Doktrin itu bertujuan memastikan keseragaman keputusan mahkamah. Ia juga bagi menjamin mahkamah bawahan mengikuti keputusan mahkamah atasan.

Realitinya memang ada banyak kes di mana mahkamah bawahan tidak mengikut prinsip itu secara harfiah dengan memberi pelbagai alasan termasuk membezakan kes mahkamah bawahan itu dengan kes yang diputuskan mahkamah lebih tinggi. Namun kes Au Meng Nam dan Ming Kong agak berbeza kerana hakim menyatakan tanpa sebarang keraguan bahawa mahkamah atasan khilaf dan tidak perlu diikuti prinsipnya.

Sebagai pengamal undang-undang yang dilatih dalam bidang guaman sivil dan syariah, penulis terpanggil untuk memberi sedikit pandangan sambil membuat perbandingan apa yang berlaku di mahkamah syariah.

Prinsip ‘stare decisis’ ini tidak terpakai di Mahkamah Syariah. Namun dalam membuat sebarang keputusan di Mahkamah Syariah, hakim mahkamah bawahan perlu menghormati prinsip kes yang diputuskan mahkamah lebih tinggi. Tahap penghormatan itu pula tidak sampai mengikat mereka membuat keputusan tetapi mempunyai nilai mempengaruhi keputusan mahkamah bawahan saja.

Penerimaan konsep itu boleh dilihat dalam surat Saidina Umar al Khattab kepada Kadi Kufah, Abu Musa Asyhari bermaksud, “Dan sesiapa yang mendakwakan sesuatu hak yang tidak ada di tempatnya, atau suatu bukti, maka berilah tempoh kepadanya sampai ia dapat membuktikan dakwaannya. Kemudian jika dia dapat membuktikan dakwaannya maka berilah haknya itu tetapi jika dia tidak mampu membuktikannya maka dia berhak dikalahkan kerana yang demikian itu lebih mantap bagi kegagalannya dan lebih menampakkan barang yang tersembunyi. Dan jangan sekali-kali menghalangi kepadamu sesuatu keputusan yang sudah engkau putuskan pada hari ini, kemudian engkau tinjau kembali lalu engkau memperoleh petunjuk supaya engkau kembali kepada kebenaran kerana sesungguhnya kebenaran itu harus didahulukan, tidak dapat dibatalkan oleh apapun sedangkan kembali kepada kebenaran itu lebih baik daripada terus berada dalam kebatilan.”

Adalah jelas maksud surat itu iaitu sesuatu keputusan salah boleh dipinggirkan oleh hakim tanpa mengira tahap mahkamah itu sendiri kerana apa yang penting ialah memberi keadilan dalam sesuatu keputusan.

Pada masa sama, Islam mengakui hakikat seorang hakim walau setinggi manapun kedudukannya mungkin akan tersilap atau terkhilaf dalam penghakimannya. Oleh demikian, kepatuhan secara membuta tuli tidak perlu diberikan kepadanya.

Prinsip itu sudah dipakai mahkamah syariah sejak sekian lama. Untuk menguatkan perkara ini, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sudah mengeluarkan Arahan Amalan No 1 Tahun 2002 iaitu; ‘Mesyuarat sudah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai keputusan berhubung isu, fakta dan undang-undang yang sama atau ada persamaan yang sudah diputuskan oleh mahkamah yang lebih tinggi hendaklah dihormati oleh mahkamah yang lebih rendah.’

Arahan Amalan itu dapat menjamin sebahagian konsep penyeragaman penghakiman tanpa menafikan kreativiti kehakiman. Dengan itu, hakim mahkamah syariah tidak boleh mengambil jalan mudah dengan berkata beliau terikat dengan keputusan mahkamah lebih tinggi.

Hakim perlu membuat penghakiman yang beliau yakin atas keputusannya, dengan alasan penghakiman yang tepat dan bukan dihadkan oleh mana-mana keputusan lain. Namun begitu, keputusan mahkamah lebih tinggi adalah menjadi panduan kepada hakim mahkamah bawahan untuk membuat keputusan.

Apatah lagi pada masa ini kes diputuskan di Mahkamah Syariah sudah mula dilaporkan dengan lebih sistematik di dalam Jurnal Hukum, Laporan Undang-undang Shariah dan pelbagai jurnal undang-undang lain.

Dengan cara itu, hakim dapat memperkayakan ilmu mereka dan membuat perbandingan kes yang dibicarakan di hadapan mereka. Apatah lagi, kita juga perlu akur bahawa tiada satu kes pun fakta dan persoalannya sama dengan kes yang lain. Dalam hal demikian, memang wajarlah ada sedikit perbezaan antara keputusan mahkamah itu.

Perbezaan seperti itu perlu dilihat daripada lensa yang positif. Ia membuka ruang kepada ijtihad dan mengelakkan ketidakadilan di samping menyesuaikan sesuatu penghakiman dengan fakta kes dan sebagainya.

Perbezaan pandangan sebenarnya bukanlah kelemahan di kalangan umat Islam. Ia adalah manifestasi keanjalan undang-undang Islam yang boleh disesuaikan berdasarkan keperluan dan perubahan masa dan tempat.

Tidak salah kita berbeza pandangan dalam hal cabangan tetapi perbezaan itu mestilah ditangani dengan cara penuh hikmah. Dalam Islam terdapat adab yang digariskan apabila kita berbeza pandangan. Adab itu atau apa yang dipanggil sebagai adab al-ikhtilaf mestilah dihayati bagi mengelakkan kita terjerumus ke lembah perpecahan.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

Monday, September 3, 2007

بسم الله الرحمن الرحيم











Process perundangan di Malaysia boleh dikatakan bermula semenjak tertubuhnya kerajaan Kesultanan Melayu Melaka,dengan pengislaman dan pengmasyhoraan Sultan Muzaffar Shah 1446-1456.(1)
Struktur pentadbiran Melayu Melaka berlandaskan undang-undang Islam yang dikodifikasikan di dalam Hukum Kanun Melaka.Malah pihak pentadbiran Kerajaan Inggeris mengakui akan keujudan and pemakaian sebahagian daripada Undang-Undang Islam di Tanah Melayu melalui keputusan didalam kes pembicaraan Re:The Goods of Abdullah (2) dan didalam kes Fatimah v Logan (3),walau bagaimanapun mahkamah melalui penghujahan Hakim Hacket , merumuskan di dalam kes Fatimah v Logan bahawa,walaupun Undang-Undang Islam diiktiraf dan diguna pakai sebelum kedatangan Inggeris keTanah Melayu tetapi, menurut pandangan nya :

“…bilamana pedagang Inggeris berpengkalan di sesebuah negeri yang diduduki atau disesebuah negeri yang tidak bertamadun bukan sahaja pedagang Inggeris tersebut membawa bersama mereka undang-undang mereka dari Tanah Besar ke Tanah Jajahan Baru,malah undang-undang Inggeris yang dibawa oleh mereka terpakai keatas penduduk dan penghuni tanah jajahan baru tersebut.” (4)

Tidak dapat dinafikan kedatangan Inggeris membawa bersama mereka undang-undang Inggeris khususnya ‘the common law of England’ dan ‘the rules of equity’.
Ianya dibawa masuk melalui Charter,melalui peguam-peguam dan hakim-hakim yang terlatih di England dan kemudiannya melalui undang-undang bertulis saperti ordinan,enakment,kanun,kaedah dan peraturan,dan juga tidak dapat dinafikan bahawa kekukuhan penggunaan undang-undang Inggeris dapat dilihat sehingga kini setelah 49 tahun merdeka,malah mahkamah masih lagi terikat dengan pengtakrifan Sek.3 dan Sek. 5 Civil Law Act 1956 dimana penggunaan ‘common law’ Inggeris dan ‘rules of equity’ terpakai bilamana terdapat lacuna didalam undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Malaysia.

xxxxxxxxxxxxxxxx

Saperti mana-mana kolonist-kolonist lain,kolonisma membawa impak yang amat mendalam keatas sesebuah masyarakat yang berbudaya,socio-lingua and peradapan yang berbeza dengan penjajah yang mentadbir tanah jajahannya.Pemakaian sistem pemerintahan yang berkiblatkan kearah Westminister merupakan titik bermulanya penjajahan minda terhadap anak-anak tempatan.Maka dengan sengaja atau tak sengaja keberkesanan ‘sistem pecah dan perintah’ Inggeris berjaya menujudkan sebuah kelas menegah Melayu-Inggeris didalam sistem pentadbiran mereka.Impak yang amat ketara ialah pengujudan sistem pentadbiran Malayan Civil Service (MCS), dimana anak-anak tempatan yang berkelayakan dilantik menjadi pentadbir sebagai pemangkin pentadbiran Inggeris.Anak-anak tempatan yang dilantik dan diasah,menjadikan socio budaya Inggeris sebagai amalan kehidupan harian mereka,maka, bilamana terujudnya sistem kelas menegah Melayu pentadbir yang berkiblatkan keTanah Jajahan maka secara otomatik terujudnya golongan yang akan menolak secara mutlak adap budaya tempatan sebagai teras and tunggak perundangan yang sedia ada didalam sistem perundangan Negara.

Ini dapat dilihat pada jarak masa yang diambil oleh Parliamen untuk meminda Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.(5) yang memperuntukkan:

‘Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal(1) tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah SHARIAH.
Secara otomatis dengan pindaan Per.121(1A) terujudlah dua sistem penghakiman iaitu Mahkamah Sivil yang menguna pakai sistem perundangan sivil yang diasaskan oleh penjajah Inggeris dan sistem penghakiman Shariah dimana secara jelas mengariskan sistem penghakiman Syariah selaras dengan kehendak peruntukan Per. 3(1) Perlembagaan Persekutuan dimana secara jelas Pelembagaan mengariskan

‘Ugama Islam ialah ugama Persekutuan,tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana bahagian Persekutuan’.(6)

Pemakaian dan penerimaa mahkamah terhadap pindaan 121(1A) terhadap warganegara yang berugama Islam dengan jelas dapat dilihat dari penghujaan dan keputusan Mahkamah Persekutuan oleh YAA Tan Sri Harun Hashim (ayh) didalam kes Mohammad Habibullah v Faridah bte Dato Talib (7).YAA Tan Sri Harun Hashim merumuskan:

‘…tujuan Parliamen dengan adanya Perkara 121(1A) ialah untuk menyingkirkan
bidangkuasa Mahkamah –Mahkamah Tinggi di dalam mana-mana perkara
yang termasuk di dalam bidang kuasa Mahkamah Shariah’(8)Dengan ertikata lain secara dasarnya pindaan itu dilakukan adalah untuk memindahkan kuasa Mahkamah Sivil ke Mahkamah Shariah bagi mengadili kes-kes yang bersangkutan dengan warganegara yang berugama Islam dan secara mutlaknya mahkamah sivil tidak lagi mempunyai kuasa untuk mendengar kes-kes yang bersangkutan dengan warganegara yang berugama Islam.

YAA Tun Mohammad Azmi (ayh) didalam kes yang sama,melalui penggulungan hujahnya berpendapat ;

‘adalah HAKIKAT yang terdapat di Malaysia bahawa rakyat yang menganut dan mengamalkan ugama selain daripada ugama Islam adalah dijamin dibawah Perlembagaan Persekutuan akan ketenteraman mereka mengamal dan menganut ugama mereka.Ini juga bereti bahawa orang-orang Islam di Malaysia diberi jaminan bahawa mereka boleh menganut dan mengamalkan ugama mereka iaitu Islam dengan aman dan tenteram KERANA Islam di Malaysia mempunyai kedudukan yang amat istimewa.’(9)
Penghujahan didalam kes Habibullah v Faridah Dato Talib merupakan ‘test kes’ terhadap penerimaan pakai tafsiran Per.121(1A) kepada kes-kes yang seterusnya.Prinsip ikutan dan ianya mengikat mahkamah bawahan seterusnya menerima pakai tafisiran yang telah digariskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Ini dapat di ikuti kepada kes-kes yang dikendali selepas kes Habibullah.
Didalam keputusan,Md.Hakim Lee v Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(10)dan Soon Singh v PERKIM Kedah (11) Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa seseorang itu masih lagi seorang berugama Islam walaupun ianya melalui suatu prosess yang sah melalui ‘poll deeds’sehingga Mahkamah Shariah memutuskan bahawa ianya bukan lagi beragama Islam.

Didalam Lim Chan Seng v Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (12),dimana persoalan yang timbul ialah adakah Mahkamah Tinggi masih mempunyai kuasa mendengar terhadap orang yang memelok ugama Islam tetapi melalui ‘pool deeds’telah mengistiharkan dirinya terkeluar daripada ugama Islam?
YA Abd.Hamid,mengakui bahawa Mahkamah Tinggi masih mempunyai kuasa mendengar kes tersebut kerana berdasarkan terdapat ‘lacuna’didalam undang-undang Pentadbiran Jabatan Ugama Islam Pulau Pinang kerana tidak terdapat apa-apa peruntukan didalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993 mengenai prosedur untuk keluar dari agama Islam.
Harus diingatkan hal ehwal yang bersangkutan dengan agama Islam dan Adat Istiadat orang Melayu jatuh di dalam bidang kuasa Kerajaan negeri saperti terkandung di dalam Jadual KeSembilan,Senarai Negeri(13)Kecuali bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Labuan dan Putrajaya.


Ini bererti kuasa untuk membuat undang-undang Islam berserta dengal hal ehwal pentadbiran ugama Islam secara muktlak jatuh keatas jentera pentadbiran Kerajaan negeri.Ianya berkuasa sepenohnya menggubal undang-undang syariah berpandukan hukum syarak,tetapi undang-undang yang di gubal hendaklah selari dan tidak bercanggah dengan intipati dan asparisi Pelembagaan Persekutuan,dimana sekiranya terdapat percanggahan maka Undang-undang Persekutuan mengatasinya dan undang-undang negeri tersebut adalah terbatal secara otomatis.
Ianya termaktub di dalam Per.4 (1), Perlembagaan Persekutuan;

4(1)Perlembagann ini adalah undang-undang UTAMA Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah TERBATAL setakat yang berlawanan itu

4(3)Sahnya sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Badan Perundangan Negeri tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa undang-undang itu adalah membuat peruntukan mengenai apa-apa perkara yang Parlimen atau mengikut mana yang berkenaan,(14)
Persoalan yang timbul ialah,mengapakah peri pentingnya sehingga perlunya meminda Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan tersebut?
Jika di kaji sejarah ketamaadunan Melayu,tidak dapat tidak,unsur Islam amat sinonim dengan bangsa Melayu.Malah tertera diPelembagaan Persekutuan takrif bangsa Melayu terkandung diBahagian 12 Am dan Perbagai.
Perkataan Melayu itu sendiri tertera di Per.152 iaitu Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan juga amat tidak ketara jika diandaikan saperti tertera di Per.153 (1)

153(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang diPertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini

Malah Pelembagaan Persekutuan itu sendiri menjamin melalui Per.89 akan hak keistimewaan Tanah Rezab orang Melayu dimana digariskan bahawa tanah rezab orang Melayu boleh terus menerus menjadi tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya diperuntukan oleh Badan Perundangan Negeri itu dengan suatu Enakmen.
Maka secara otomatis,bila sahaja disebut Bangsa Melayu,secara otomatik diandaikan bahawa Bangsa Melayu beradat resamkan Melayu dan beragama Islam.Tidak dapat tidak perkataan Islam itu dengan sendirinya amat sinonim dengan Bangsa Melayu.
Jika di kaji secara terperinci fakta sejarah Tanah Melayu,titik bermulanya penjajahan Inggeris secara langsung melalui Perjanjian Pangkor 1874,penerimaa Resident British didalam sistem pentadbiran Negeri hanya tertumpu kepada hal ehwal pentadbiran kerajaan tempatan tetapi secara jelas syarat penerimaa Penasihat British oleh Kesultanan Melayu Perak ketika itu adalah tidak melibatkan apa-apa yang bersangkutan dengan adat resam Melayu dan Agama Islam di Perak.Ini diikuti seterusnya dinegeri yang bergabung didalam Negri-Negri Melayu Bersekutu iatu Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang(FMS) dan sehingga terujudnya Negeri-Negri Melayu Tak Bersekutu (UFMS) iatu Kelantan,Trengganu,Kedah dan Johor bahawa syarat penerimaan Penasihat British ialah tidak mencampuri hal ehwal adat resam budaya Melayu dan pentadbiran Agama Islam.Ianya sehingga kini masih dibawah kuasa mutlak Kesultanan Melayu. Saperti terkandung di Jadual Ke 9 senarai negeri.

Perlu diingat bidang kuasa mahkamah Shariah diperingkat permulaan terujudnya Negara Malaysia iatu pada 16hb.September 1963 hanya terhad kepada undang-undang keluarga Islam.Ianya hanya bersangkutan tentang hukum hakam perkahwinan dan perceraian,selain daripada mendengar pertikaian hal ehwal pentadbiran harta pusaka dan wakaf selain daripada hal ehwal pentadbiran Agama Islam saperti menentukan tarikh bermulanya berpuasa dan berhari raya.Pihak kerajaan dan masyarakat pada waktu tersebut masih dicengkam oleh minda cololonisma.Kehakiman Shariah semacam terpinggir oleh bangsa sendiri dan pengertian Islam yang terkandung didalam Per.3(1) ditafsir oleh pihak mahkamah atasan waktu itu Islam sebagai lambang upacara rasmi sahaja.Ini dapat dilihat melalui penghujaan keputusan penghakiman dalam kes Che Omar Che Soh v PP(15)
Kuasa bagi kesalahan jenayah pada asalnya terkandung didalam Syariah Court (Criminal Jurisdiction) Act 1965,bidang kuasa jenayah amatlah terpencil kes-kes yang di kendalikan oleh Mahkamah Kadi dan had untuk menjatuhkan hukuman hanya memenjarakan bagi kesalahan Jenayah Shariah ialah tidak melebihi 6 bulan penjara atau denda yang tidak melebihi $1,000.Had bidang kuasa Jenayah Shariah dan bidang kuasa Hakim Mahkamah Shariah kini telah dipinda pada tahun 1988 selaras dengan pindaan Per.121 (1A) dimana definasi Jenayah Shariah di perluaskan senarai kesalahannya dan bidang kuasa Hakim Mahkamah Shariah saperti terkandung di Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan bidang kuasa hukuman setelah di pinda pada tahun 1988 kini menjadikan hukuman penjara maxima 3 tahun penjara atau denda tidak melebehi $5,000 atau sebatan tidak melebihi 6 sebatan atau kombinasi mana-mana dua hukuman tersebut.
Setengah golongan akdemik(16) berpendapat Akta Jenayah Shariah yang diluluskan pada tahun 1988 itu tidak meliputi keWilayah Persekutuan maka dengan sendirinya Akta tersebut tidak terpakai di Wilayah Persekutuan.
Walau bagaimana pun dengan termenterinya Akta Kesalahan Jenayah Shariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559),dilengkapi dengan Akta Jenayah Procedure Shariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560) dan Akta Keterangan Mahkamah Shariah(Wilayah –Wilayah Persekutuan)1997 (Akta 561) lengkaplah satu set perundangan Shariah bagi kawasan Wilayah Persekutuan,dimana suatu sistem kehakiman berpandukan Shariah dan berteraskan hukum Syarak yang comprehensive dan dinanti-nantikan oleh masyarakat Islam secara amnya.Perlu dijelaskan bidang kuasa Mahkamah Shariah terhadap kes-kes shariah tidak ada sebarang kerumitan dalam mentafsir kesalahan Shariah.In adalah kerana kesalahan jenayah Shariah adalah kesalahan yang kebanyakannya berteraskan kesalahan berlandaskan kesalahan yang di tegah oleh ugama Islam yang hakiki dan kesalahan tersebut juga merupakan kesalahan yang terkandung didalam Akta Jenayah ie.Penal Code yang dibawa bidang kuasa Federal.
Sebagai contoh kesalahan ‘Khalwat ,Liwat dan ‘Zina’ yang tergaris di bawah Sek 23 bagi Zina and Liwat di bawah Sek.25.AKJS(WP)1997 (Akta559)

Sek.27 AKJ(WP) 1997 dimana ‘liwat’digariskan sebagai (a) mana-mana orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang prempuan yang bukan isteri atau mahramnya atau (b) seorang prempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya,dimana-mana tempat yang terselindung atau di dalam bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mere sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral..(17)

Persoalan yang timbul apakah yang tersirat di dalam benak penggubal-penggubal Suruhanjaya Reid sewaktu mengubal Per.3(1) dan Per.8 dan 11 Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1956?
Perdebatan akdemik mungkin berterusan dalam membincangkan adakah ianya bererti ‘penafisran literal’ iaitu agama Islam adalah agama rasmi Negara .dan juga boleh diertikan sekiranya ianya ugama rasmi juga secara mutlak bererti sistem dan susunan ketata kenegaraan bertunaskan ‘Islamic Principle’.Saperti terkandung di dalam AlQuran,

Surah Saba’ 28
‘Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)’(18)


Negara Islam bererti sebuah negara yang bertunaskan prinsip-prinsip asas ketata kenegaraan negara Islam serta ciri-ciri sebuah negara Islam secara mutlak yang berpegang kepada Al Quran dan Sunnah dan ijmak ulama muqtakin sebagai panduan Negara.(19)
Ini berasaskan ayat Al Quran di dalam Surah An Nisa ayat 59

An-Nisaa’ 59

‘Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.’(20)Penghujahaan YAA Tun Salleh Abbas didalam kes Re:Che Omar Che Soh amat-amat tidak disenangi oleh golongan pendesak yang mahukan suatu sistem pentadbiran dan Islamic political sistem di Malaysia,setelah kesan sampingan sekularisma membawa impak yang amat ketara dari segi ketidak keseimbangan pengagihan social,ekonomi dan political antara kaum.Ianya berasaskan demi ‘political survival’ bangsa Melayu dimasa hadapan

Impak yang di bawa oleh sekuralisma dan kapitalisma dipersoalkan oleh golongan crediakawan Islam yang telah diberi kesempatan menimba ilmu di Al’Azhar,Mesir serta institusi-institusi pengajian tinggi dinegara-negara Jordon,Syria,Turkey sekitar tahun tahun 1980’an.Ianya berasaskan ‘revitalise dan rehibilitasi’ process pengislaman negara yang di pelupori oleh ABIM sekitar tahun-tahun 1970’an.

Harus diingatkan pergolakan politik dunia bergolak dengan amat ketara di sekitar tahun-tahun 80’an.Dengan terjunamnya tembok pemisah antara German Timur dan Barat maka terkuburlah juga empire Komunis Soviet Rusia.
Dunia dikejutkan oleh suatu kuasa besar,yang sepanjang penubohan negara tersebut pada 1776 sehingga sekarang ianya bercirikan negara yang suka berperang.
Sebut sahaja U.S.A dunia akan mentertawakannya sebagai ‘Negara yang kalah dibenteng peperangan tapi menang strategi peperangan’(21)
Ini terbukti pada kemaluan mereka di Peperangan Vietnam 1960-1975 dengan terjatuhnya Saigon kepada ‘tentera berkaki ayam’.

Bilamana ekonomi bergantung sepenohnya kepada minyak sebagai pengerak tenaga dan sumber ekonomi utama,tidak perlu dibuktikan bahawa motif pergolakan seterusnya ialah ‘imprialisma minyak’ di bumi Arab dimana juga Islam adalah ugama hakiki dibumi tersebut.Pergolakan di bumi Arab berterusan bukan sahaja peperangan minyak tetapi tidak kelebihan jika kita andaikan bahawa peperangan tersebut ada keseimbangannya dengan ‘Perang Salib’ yang berlaku diantara tentera-tentera gabungan Kristian dan tentera Islam untuk merebut Juruselam diabad 11.(Crusade War)
Bolehkah diandaikan bahawa perang kini adalah perang penghapusan umat Islam didunia?
Adakah ianya dirancang dengan begitu teliti oleh golongan-golongan yang anti Islam semenjak diutus Muhammad s.a.w oleh Allah kebumi untuk memperbetulkan akhlak manusia?
Objektif dan misi serta matlamat utama golongan yang ingin menghapuskan Islam dimuka dunia akan menggunakan segala macam helah untuk menguasai minda dunia berpihak kepada mereka.
Mungkinkah ini yang berlaku kepada Islam dan masyarakat Melayu di Malaysia?

Bebalik kepada persoalan yang timbul dengan kes Kaliammal a/p Sinnasamy lwn Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan disingkatkan sebagai Kes Moorthu dan kes Lina Joy v Ketua Pengarah Pendaftaran ,
Kedua-dua kes tersebut pada asasnya merupakan dua kes yang berbeza dari segi bentuk dan penghujahan dan pemakaian kuasa undang-undang.
Didalam kes Moorthy ianya adalah isu pengislaman saudara baru yang terkandung di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam(Wilayah Persekutuan)1993(Akta505).
Sek.85
memperuntukkan syarat-syarat sah Islamnya seorang yang ingin memelok agama islam.hanya dengan mengakui keesahan Allah dan menerima Muhammad s.a.w sebagai pesuroh Allah secara redha dand hakiki.Ini berlandaskan hukum syarak.
Sek.88
memperuntukkan perlunya seorang Muallaf tersebut mendaftar dengan Pendaftar,Majlis Agama Islam yang terdekat dan setelah disahkan oleh Pendaftar akan keislaman seseorang Muallaf tersebut maka dengan peruntukan Sek.90 Pendaftar akan mengeluarkan Sijil Kemasukan ke Agama Islam kepada Muallaf tersebut.
Harus diingat,ini adalah procedur yang wajib diikuti oleh seseorang yang ingin memelok agama Islam di Wilayah Persekutuan.Walau bagaimana pun APUI(WP)1993 mengariskan syarat kepada sesiapa yang ingin memelok agama Islam
Sek 95
Seseorang yang ingin memelok ugama Islam haruslah tidak gila dan mestilah mencapai umur 18 tahun dan sekiranya ia belum mencapai umur 18 tahun maka keizinan kedua ibu-bapanya sebelum memelok ugama Islam diperlukan.
Keizinan merupakan intipati utama bagi seseorang yang di bawah umor untuk memelok agama Islam.Disini perlu ditekankan Allah maha pengasih kepada setiap insan dan Allah jua mengkehendaki keadilan yang hakiki .Firman Allah disurah Maidah ayat 8:
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.(22)


Pengertian keadilan yang hakiki dapat di lihat melalui keputusan yang dibuat di dalam kes Sussie Teo (23),dimana Mahkamah Persekutuan ,melalui penhujahaan YAA Abd.Hamid berpendapat adalah tidak adil kepada kedua ibupbapa yang bukan berugama Islam sekiranya anak-anak mereka yang dibawah umur tidak meminta keizinan mereka untuk memelok dan berkahwin dengan pemuda yang beragama Islam.Maka perkahwinan tersebut terbatal di sisi undang-undang.
Disini kita dapati mahkamah mengambil langkah ‘soft approach’ dalam mentafsir keadilan bagi pihak kedua ibu-bapa walaupun dari sudut hukum syarak perkahwinan itu sah kerana perlu ditekankan bahawa Islam itu halus dalam pengertian dan tafsirannya didalam menterjemah apa itu Islam kepada masyarakat majmuk.
Jika dibezakan dengan kes Ng Siew Pian v Abd.Wahid bin Abu Hassan(24),Mahkamah berdepan dengan pertikaian pembubaran perkahwinan civil melalui procedur Law Reform (Marriage and Divorce)1976 (25) oleh seorang Muallaf yang telah memelok ugama Islam.
Sek.3(3) Akta tersebut mengariskan bahawa Akta tersebut tidak terpakai kepada mereka yang berugama Islam,tetapi dibawah
Sek.51 Akta tersebut memberi kelonggaran kepada pasangan yang memelok ugama Islam untuk pasangannya yang ‘Bukan Islam’ boleh mendaftar petisyen perceraian di Mahkamah civil di atas alasan yang pasangannya telah memelok ugama Islam.
Tetapi Akta tersebut tidak menberi garis panduan atau ketetapan tentang status pasangan yang telah memelok agama Islam untuk mengfailkan petisyen perceraian atas alasan “Telah Memelok Ugama Islam”.
Peruntukan yang digariskan dibawah bidang kuasa Shariah dalam hal in tertera dibawah Sek.46 Akta Undang-Undang Keluarga Islam(Wilayah Persekutuan 1984(Akta 303)
46(1) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan itu murtad atau memelok sesuatu kepercayaan lain daripada Islam,maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan oleh mahkamah.
46(2) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memelok agama Islam,maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.(26)

Walau bagaimanpun Sek.52 AUKI(WP)1984 (Akta 303) di bawah tajuk Perintah Untuk Membubarkan Perkahwinan atau untuk Faskh akta memberi garis panduan akan syarat-syarat untuk membolehkan mahkamah mengeluarkan suatu notis perceraian fasakh atau perceraian melalui perintah makamah walaupun dari segi hukum syarak ianya tidak digalakkan tetapi demi untuk menjaga keselamatan serta jaminan kesejeteraan pasangan yang mengalami polelik rumah tangga itu supaya berpisah.Tidak terdapat apa-apa peruntukan fasakh bagi suami untuk memohon kepada mahkamah untuk menceraikan isterinya.Ini mungkin disebabkan hukum syarak meletakkan kuasa untuk menceraikan isteri terletak pada suami.
Jumhur berpendapat antara sebab di bolehkan cerai faaskh ialah kerana murtad (27)
Di dalam menentukan bilakah seseorang Islam yang murtad terbubar perkahwinannya,terdapat perbezaan antara syarak dengan Enakmen Perkahwinan Islam.Dimana syarak menetapkan pembubaran perkahwinan berlaku serta-merta apabila seseorang itu murtad.Tetapi telah di gariskan di Sek.46(1) dan Sek.46(2) bahawa pembubaran tidak boleh berkuatkuasa dengan sendirinya tanpa disahkan oleh mahkamah..
Hukum syarak juga menetapkan bahawa perkawinan orang-orang islam juga sah sekiranya ianya menikahi Ahli Kitabbiyah.Ini di gariskan dibawah peruntukan Sek.10(1)dimana tiada seorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam kecuali seorang Kitabiyah.Jumhur ulama mengariskan ‘Ahli Kitabiyah’diertikan sebagai

a) seorang prempuan dari keturunan Bani Ya’qub atau
b) seorang prempuan Nasrani dari keturunan orang-orang Nasrani sebelum Nabi Muhammad s.a.w menjadi Rasul atau
c) seorang prempuan Yahudi dari keturunan orang-orang Yahudi sebelum Nabi Isa menjadi Rasul.

Persoalan yang timbul didalam kes Moorthy ialah ,diandaikan segala process pengislaman beliau itu betul mengikut procedur ketetapan yang di garis kan di bawah Sek.85 dan 89 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan 1993)(Akta 303) secara otomatis mendiang Moorthy tergolong dibawah bidang kuasa Mahkamah Shariah,saperti termaktub di dalam Per.121(1A) Pelembagaan Persekutuan.Ini berasaskan keputusan-keputusan yang telah dibuat didalam kes-kes

Pihak perayu mohon kepada Mahkamah sama ada Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa untuk menkaji semula atau kesalahan perintah oleh mahkamah sivil yang sedia ada.Ianya adalah bertujuan untuk menegepikan perintah yang di keluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shariah Wilayah Persekutuan pada 22hb.Disember 2005 melalui Kes No.141000990090 (28 )bahawa simati telah pun:
a) memelok agama Islam
b) simati hendaklah dikebumikan mengikut Agama Islam saperti kehendak Hukum Syarak
c) bahawa pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengesahkan bahawa sepanjang hayat simati selepas memelok agama Islam tidak pernah memohon kepada Mahkamah Shariah Wilayah Persekutuan untuk keluar daripada agama Islam mengikut hukum syarak dan tiada sebarang perintah Mahkamah Shariah yang mengistiharkan dianya telah terkeluar daripada Islam.
YA Rauf Sharif,memutuskan bahawa berdasarkan kepada fakta procedure yang dikemukakan oleh Mahkamah Tinggi Shariah Wilayah Persekutuan pada 22hb.Disember 2005 adalah sah di sisi undang-undang saperti termaktub didalam Sek.85,86,87,88,89,90,91 dan Sek95 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993(Akta 505),maka dengan sendirinya bererti perintah Mahkamah Shariah tersebut sah dan terpakai.
Jesteru itu berlandaskan kes-kes yang mengikat iaitu Habibullah v Faridah Dato Talib,Soon Singh v (Perkim) Kedah,Dalip Singh v Ketua Polis Bukit Mertajam,Mohd Hakim Lee v Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,NurAysiah Hun Abdullah v Majlis Agama Islam Negeri Sembilan maka Mahkamah Sivil berketetapan bahawa ianya tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan pihak perayu dan tuntutan perayu ditolak.
Ini adalah berlandaskan kepada peruntukan Per.121(1A) Perlembagaan Persekutuan yang telah pun memisahkan bidang kuasa kedua-dua mahkamah Sivil dan Shariah dan itulah fakor utama dan pendorong yang menyebabkan perpisahan kedua-dua Mahkamah.Mahkamah Sivil untuk orang-orang ‘Bukan Islam’ dan Mahkamah Shariah mempunyai bidang kuasa mutlak untuk mengadili hukum-hakam bagi orang-orang yang berugama Islam.

Kisah dan tauladan daripada kes Moorthy,dapatkah kita rumuskan ianya bukanlah suatu kes yang boleh menyalahkan pihak pentadbiran dan peruntukan perundangan yang sedia ada.Tidak dapat di nafikan isu agama adalah suatu isu yang amat sensitive sehinggakan ianya boleh membawa ke medan pertempuran baik diantara para dai’,para interlectual,masyarakat awam mahupun yng berada di ambang kekuasaan Negara.
Isu agama boleh memporak-perandakan sesebuah Negara,keharmonian dan kestabilan ekonomi masyarak majmok akan terjejas.Ianya sering disensasikan oleh golongan yang terlalu fanatic terhadap bangsa,agama dan negaranya.

Firman Allah s.w.t didalam surah
Al Hujuraat ayat 14;

Orang-orang "A'raab" berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(29)

Seterusnya Allah berfirman di dalam Surah

Ali Imran ayat 85;

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi(30)

Antara statement yang berbau perkauman dan statement yang memperlekehkan Mahkamah Shariah yang tertera di majallah Aliran(31).
Dengan izin
‘….Article 121(1A) has since created grave injustice in a string of cases.In Moorthy case,Kalimmal found herself with no legal remedy.The wife took her case to civil court,where the judge ruled that the court did not have jurisdiction.The wife’s position was simply untenable.She had no court she could turn to for justice or a remedy,mush less to present her evidence’

Statement yang mengelirukan ini menudoh seolah-olah sistem kehakiman Malaysia amnya dan sistem Kehakiman Shariah khasnya itu zalim dan menudoh seolah-olah ‘Justice Can Be Heard But Not Done’ oleh Mahkamah.Malah kesahan process pemindaan Per.121(1A) dipersoalkan diatas kesahan procedur penggubalan rang undang-undang tersebut.

‘….at the time the Bill was passed,seven DAP MP’s including some of the most vocal parliamentary such as Lim Kit Siang,Kapal Singh dan Lim Guan Eng as well as the late P.Patto and V.David were under ISA detention following Operation Lalang in October 1987’.(32)

Statement tersebut mengandaikan seolah-olah penggubalan rang undang-undang tersebut tidak mempunyai corum yang mencukupi di Dewan Parlimen dan pindaan tersebut seolah-olah tidak diperdebatkan supaya keterperincian rang undang-undang tersebut menepati intipati dan kehendak rakyat.

Isu berkenaan pihak perayu tidak mendapat keadilan di mahkamah Shariah kerana perayu bukan beragama islam amat tidak munasabah.Hukum Islam berpandukan Sharak dan sharak menepati apa-apa perintah Allah s.w.t supaya melakukan keadilan.Saperti terkandung di surah
An Nisa ayat 135

‘Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.(33)

Malah dibawah peruntukan Sek.244 Akta Tatacara Mal Mahkamah Shariah(Wilayah Persekutuan)1998 (34) memperuntukan orang-orang yang bukan berugama islam boleh menuntut keadilan supaya keadilan dapat ditegakkan.Sekysen ini memperluaskan lagi bidang kuasa Hakim Mahkamah Shariah untuk menentukan keadilan diselenggarakan dengen penoh hemah dan memberikan hak yang saksama berlandaskan hukum
sharak.

Persoalan akidah dan kesalahan yang berbentuk akidah merupakan isu yang paling genting yang dihadapi oleh masyarakat Islam kini bukan sahaja di Malaysia tetapi juga terhadap masyarakat Islam di merata dunia..Perundangan Islam dan Muhammad s.a.w diutus kebumi ini ialah untuk memperbetulkan akidah umat manusia.

Surah Saba’ ayat 28

Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).

Surah Al-Maaidah ayat 48

Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.


Kesalahan berbentuk akidah di perjelaskan diBahagian 11 dan Bahagian 111 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan)1997 (Akta 559).
Tetapi yang menjadi tanda tanya hingga ke hari ini mengapakah kesalahan murtad atau riddah tidak disenaraikan sebagai kesalahan jenayah shariah di dalam AKJS(WP)1997 secara terperinci.

Inilah persoalan yang menjadi tanda tanya di dalam kes Lina Joy(35)

Keputusan Mahkamah sebelumnya agak memihak kepada peruntukkan Per.121(1A).Ini dapat diperhatikan memlalui keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam pengulonggan kes Kamariah Ali

Perayu-perayu telah membuat akuan berkanun mengisytiharkan mereka keluar daripada agama Islam pada bulan Ogos 1998. Mereka dijatuhkan hukuman penjara pada 5 Oktober 2000 atas kegagalan mematuhi perintah Mahkamah Rayuan Syariah untuk bertaubat berkaitan dengan kesalahan di bawah Undang-undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang dilakukan oleh perayu-perayu sebelum Ogos 1998. Maka, persoalan yang timbul ialah sama ada perayu-perayu mestilah menganut agama Islam ketika hukuman-hukuman dijatuhkan ke atas mereka dalam bulan Oktober 2000.
Diputuskan, menolak rayuan perayu-perayu:

(1) Membuat akuan berkanun dan mengisytiharkan mereka bukan lagi menganut agama Islam tidak dengan sendirinya melepaskan perayu-perayu daripada pertuduhan yang ada di Mahkamah Syariah .

(2) Mengambil pendekatan maksud, didapati bahawa masa yang material untuk menentukan sama ada perayu-perayu adalah orang yang menganut agama Islam ialah masa ketika mana perayu-perayu melakukan kesalahan di bawah Undang-Undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Oleh itu walau pun perayu-perayu telah mengisytiharkan mereka murtad pada tahun 1998, mereka selayaknya dibawa ke hadapan Mahkamah Syariah pada tahun 2000 kerana ia berkaitan suatu kesalahan yang telah dilakukan ketika perayu-perayu masih beragama Islam. (36)

Cuma perbezaan yang terdapat di dalam kes Lina Joy ialah pada asalnya ianya merupakan persoalan Undang-Undang Pentadbiran yang tiada hubung kait dengan kebebasan beragama.Kalau dilihat dari prespektif pentadbiran,persoalannya ialah
boleh kah pihak Executive dengan mengunakan kuasa budi bicaranya untuk tidak memberi keizinan kepada seseorang rakyat membubarkan perkataan Islam di dalam Identiti Pengenalanya.Apakah significant Islam itu di dalam identiti Pengenalan seseorang?Secara dasarnya tidak terdapat apa-apa peruntukan mengenai kuasa budi bicara secara mutlak diberi kepada pihak Executive untuk menjalankan tugas harian mereka.Ini bersebabkan terdapat percanggahan prinsip yang digariskan oleh Per.8** Perlembagaan Persekutuan.(37)

Berpandukan per dicta keputusan kes tersebut :


Perayu dilahirkan sebagai seorang beragama Islam dan nama asalnya adalah Azlina bte Jailani. Pada 1990 beliau mendakwa telah mempercayai sepenuhnya agama Kristian dan telah kemudiannya dibaptiskan. Beliau memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara ('JPN') untuk menukar namanya pertama kali kepada Lina Lelani dan kemudiannya kepada Lina Joy atas dasar pertukaran agama. Pertukaran namanya kemudiannya telah dibenarkan, tetapi perkataan 'Islam' tertera pada Kad Pengenalan ('KP') beliau. Beliau telah mengemukakan bukti berkenaan pertukaran agamanya dan memohon kepada JPN untuk memadamkan perkataan 'Islam' daripada KP beliau. Walau bagaimanapun, JPN telah meminta perayu untuk mengemukakan sijil dan/atau perintah daripada Mahkamah Syariah.
Isunya adalah sama ada JPN betul dalam menolak permohonan perayu di bawah per 14 Peraturan Pendaftaran Kebangsaan 1990 ('Peraturan 1990') untuk kenyataan agamanya sebagai 'Islam' dipadamkan daripada KP beliau dan dalam meminta sijil dan/atau perintah daripada Mahkamah Syariah.
Pihak responden bergantung kepada perenggan (cc)(xiii) per 4 yang menyatakan Ketua Pengarah adalah berhak untuk meminta maklumat tambahan daripada seseorang yang memohon untuk pertukaran nama di bawah per 14. Oleh itu, tiada apa-apa yang menyalahi undang-undang bagi Ketua Pengarah untuk meminta perayu mengemukakan sijil dan/atau perintah daripada Mahkamah Syariah.
Walau bagaimanapun, peguamcara bagi perayu menghujahkan bahawa per 4(cc)(xiii) hanya membenarkan Ketua Pengarah untuk meminta maklumat berkenaan dengan butir-butir yang telah dikemukakan oleh perayu. Oleh itu, dalam kes sekarang ini, Ketua Pengarah berhak meminta perayu untuk mengemukakan sijil pembaptisan beliau untuk menunjukkan bahawa beliau dengan sebenarnya adalah seorang beragama Kristian seperti yang dinyatakan dalam borang permohonannya. Berikutan dengan itu, permintaan bagi perintah daripada Mahkamah Syariah bukanlah merupakan permintaan yang sah di bawah per 4(cc)(xiii).
Diputuskan, dengan majoriti menolak rayuan itu:

(1) Abdul Aziz Mohamad HMR, Arifin Zakaria HMR bersetuju.
Dalam permohonan perayu kepada JPN, beliau telah menyatakan bahawa kesilapan pada kad pengenalannya adalah berkenaan dengan kenyataan agamanya sebagai 'Islam', yang mana beliau mahu dipadamkan. Ini adalah sama seperti beliau menyatakan bahawa beliau telah keluar daripada Islam. JPN oleh itu boleh meminta beliau untuk mengemukakan keterangan dokumentari untuk menyokong ketepatan kenyataan beliau bahawa beliau bukan lagi beragama Islam (lihat perenggan 31).

(2) Abdul Aziz Mohamad HMR, Arifin Zakaria HMR bersetuju.
Fakta sama ada seseorang itu telah keluar daripada Islam adalah merupakan persoalan undang-undang Islam yang bukan di bawah bidangkuasa JPN dan JPN adalah tidak berkebolehan atau layak untuk memberi keputusan. Ini adalah kerana keluar Islam adalah merupakan hal ehwal undang-undang Islam yang mana JPN bukanlah pihak yang berkuasa yang membuatkannya mengamalkan polisi untuk meminta penetapan daripada pihak berkuasa agama Islam sebelum ia boleh bertindak untuk memadamkan perkataan 'Islam' daripada kad pengenalan seseorang yang beragama Islam. Polisi tersebut adalah sememangnya berpatutan

(3) Gopal Sri Ram HMR menentang.
Perintah daripada Mahkamah Syariah tidak akan memberi apa-apa kesan untuk menyokong ketepatan berkenaan butir-butir bahawa perayu adalah seorang yang beragama Kristian. Walau bagaimanapun, sijil pembaptisan bertarikh 11 Mei 1998 yang dikemukakan oleh perayu dengan secukupnya telah menyokong ketepatan butir-butir bahawa perayu beragama Kristian. Peraturan 14(2) mengehendaki seseorang pemohon untuk menyatakan dalam akuan berkanunnya sebab bagi pertukaran nama tersebut. Dalam kes perayu, beliau telah menyatakan bahawa sebab pertukaran nama adalah kerana beliau sekarang adalah seorang Kristian. Berikutan dengan itu, tiada apa-apa dalam per 4(cc)(xiii) yang menyokong tindakan Ketua Pengarah dalam kes ini.

Oleh itu arahan atau sijil daripada Mahkamah Syariah bukan merupakan dokumen yang relevan untuk memproses permohonan perayu. Ia bukanlah dokumen yang ditetapkan dalam Peraturan 1990. Ia juga bukan merupakan butir-butir yang boleh diminta oleh pegawai pendaftar sebagai butir-butir di bawah per 4(cc)(xiii) (lihat perenggan 59). Dengan meminta perintah/sijil tersebut dikemukakan, Ketua Pengarah telah mengambil kira satu pertimbangan yang tidak relevan semasa membuat keputusan untuk tidak membuat pertukaran kepada KP perayu. Ini tentunya membuatkan keputusan untuk tidak memadamkan perkataan 'Islam' daripada KP perayu tidak sah dan terbatal dan tidak mempunyai kesan.

Adalah diakui bagi pihak Ketua Pengarah bahawa sebelum 1 Oktober 1999 tiada peruntukan dalam Peraturan 1990 yang memandatkan pernyataan agama seseorang di dalam kad pengenalannya. Jadi, sekiranya Ketua Pengarah telah meluluskan permohonan perayu sepertimana yang diwajibkan oleh undang-undang ke atas beliau semasa permohonan perayu kepada JPN dibuat, masalah sekarang ini tidak akan timbul.(38)
Kes tersebut masih tertanggoh, di peringakat rayuan terakhir iaitu Mahkamah Persekutuan..Diandaikan sekiranya Mahkamah Persekutuan mendapati bahawa pihak Executive telah terkilaf dan telah melebihi kuasa yang di beri saperti yang di ajukan oleh YAA Gopal Sri Ram didalam pergulonggan hujahnya:

Adakah ianya bererti Lina Joy menpunyai hak untuk memohon supaya perkataan ‘Islam’ dipadamkan didalam Identiti Pengenalannya atau adakah dia berhak untuk hidup sebagai warganegara Malysia yang sah di sisi undang-undang dan menikmati takrifan Per.11 Perlembagaan Persekutuan?

Dimana bidang kuasa Mahkamah Shariah didalam polimik ini?

Pihak Peguam Negara dalam menentang permohonannya mengariskan bahawa memandangkan pada asalnya Lina Joy menganut ugama Islam maka dengan sendirinya Per.121(1A) terpakai dalam hal ini.Ini memandangkan sama saperti kes Moorty kuasa untuk memurtadkan seseorang haruslah mengunakan procedure Mahkamah Shariah saperti tertera di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan)1993
Apakah itu definasi Muslim?
APUI(WP) 1993 mengariskan seorang muslim adalah

a) seseorang yang mengakui ugamanya Islam.

b) seseorang,salah seorang atau kedua-dua ibubapanya Muslim dan
dilahirkan Muslim

c) seseorang yang dibesarkan dan didik berasaskan Islam

d) seseorang yang memelok agama Islam selaras dengan syarat yang tertera di Sek.85

e)seseorang yang sering mengakui dirinya seorang Islam dan

f) seseorang yang ikrarnya di terima dan diakui betul oleh sharak

Percanggahan Per.11 dan procedur untuk memurtadkan diri seseorang itu wajiblah mengikuti procedure yang digariskan didalam APUI(WP)1993.Syarak menetapkan bahawa seseorang itu murtad secara automatis apabila tingkah laku perbuatan dan pengakuannya berulangan yang ianya bukan lagi seorang Islam.
Dari sudut syarak secara automatis ianya gugur sebagai seorang Muslim dan dari aspek perundangan Islam yang tulin maka secara automatis ianya tergulong didalam jenis Jenayah Hudud.
Dari aspek procedur Lina Joy masih lagi seorang Muslim dan masih tertakluk di dalam bidang kuasa Mahkamah Shariah.Tetapi dari aspeck akidah keislaman dan tingkah perbuatannya secara otomatis dia nya seorang KAFIRUN.
Tidak ada tolenransi dalam hal keimanan dan peribadatan

Allah berfirman didalam surah Kafirun ayat 1-6
• Katakanlah hai orang-orang kafir
• Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah
• Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah
• Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah
• Dan kamu tidak pernah menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah
• Untukmu agamamu dan untukku agamaku (39)

Apakah remedi yang diperlukan untuk menentukan survival Bangsa Melayu yang sudah amat sinonim dengan Islam sejak ratusan tahun?

Adakah perlu satu penggubalan semula Perlembagaandemi untuk mencapai,menjaga,menghormati,menentukan bumi yang di pijak ini adalah hak ALLAH s.w.t.Saperti firman Allah di dalam surah Al-An’aam ayat 38

Al-An’aam ayat 38

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan.

Tidak ada jalan mudah untuk menentu keselamatan,ketamadunan Islam dan keharmonian masyarakat Islam di Malaysia terjamin dimasa hadapan.

Dari aspek perundang,bolehkah Perlembagaan itu dipinda?
Di dalam kes Pang Chin Hock v Govt of Malaysia (40),YAA Tun Sufian,dalam menggulung hujahnya ,berpendapat bahawa Palimen mempunyai kuasa untuk mengubal atau meminda Perlembagaan yang sedia ada,tetapi tertakluk kepada syarat yang wajib diteliti.Persoalanya apakah Struktur Perlembagaan itu digariskan di dalam kes Kesavananda Bharati v State of Kerala dan di adaptasikan di Mahkamah Malaysia.

Struktur asas Pelembagaan itu mesti tidak menggubah atau meminda mana-mana satu daripada lima prinsip tersebut.

(a) Perlembagaan itu merupakan Undang-Undang Tertinggi
ie.(Supremacy of the Constitution)

(b) Raja berperlembagaan @ Constitutional monarchy

(c) Islam ugama rasmi Persekutuan tetapi ugama –ugama lain boleh diamal di Malaysia

(d) Pengasingan Kuasa antara 3 component iaitu Legislatif,Executive dan badan Kehakiman; dan

(e) Ciri Federal Perlembagaan itu sendiri(42)


YAA Raja Azlan Shah (rtd.),di dalam kes Re:Dato MenteriOthman Baginda(43) berpendapat bahawa jika sebuah Pelembagaan itu adalah undang-undang mutlak negara maka ianya hendaklah di tafsirkan secara menyeluruh, tidak rigid dan lebih boleh diubah suai mengikut peredaran masa and memahami aspirasi masyarakat semasa.

Persoalan yang timbul apakah dia trend dimasa kini?

Ada kah murtad merupakan trend dimasa kini?

Percanggahan bidang kuasa Mahkamah Shariah dan Mahkamah Sivil masih jelas.Secara perbandingan kita bezakan bentuk kanun lama dalam khazanah kita iaitu Hukum Kanun Melaka dengan Akta Kesalahan Jenayah Shariah (Wilayah Persekutuan)1997 dan hukumannya.Dimana kesilapan kita dalam mentafsir apa itu Islam yang sebenarnya.
Islam itu adalah ’ Ilm’al haq kearah haq al’yakin demi haqqul minna nas’
Kerajaan Melayu Melaka sebelum ia ditakluki oleh Portugis telah pun melaksanakan undang-undang Islam dalam bentuk yang lebih luas daripada apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.Undang-undang yang dipraktikkan pada ketika itu adalah termaktub dalam Kanun Melaka. Undang-undang Melaka merangkumi aspek jenayah, muamalah ataupun sistem ekonomi, kekeluargaan, keterangan serta acara.(44)
Dalam aspek undang-undang jenayah misalnya, ketiga-tiga bahagian penting undang-undang Jenayah Islam telahpun diperuntukkan dalam undang-undang Melaka. Bahagian-bahagian itu ialah qisas(termasuk diat), hudud dan ta'zir.

Hukum qisas adalah dipakai terhadap pembunuhan yang dilakukan oleh orang Islam terhadap orang Islam yang lain dan juga oleh orang kafir terhadap orang Islam yang mana hukuman ialah bunuh balas. Ini disebut dalam fasal 5:1, 5:3, 8:2, 8:3, 18:4, dan 39.
Walau bagaimanapun dalam kes pembunuhan tidak sengaja dan kerosakan harta benda dan binatang hukuman yang dikenakan ialah diat.43 Mengenai kecederaan diperuntukkan bahawa seorang yang melakukan kesalahan menampar seorang yang lain akan dikenakan hukuman tampar balas. (45)
Hukuman hudud pula dipakai kepada kesalahan-kesalahan berikut:
a) Zina, hukumannya ialah sebat 100 kali atau rejam sampai mati (fasal 4:2).
b) Qadhaf(menuduh orang lain berzina), hukumannya ialah disebat 80 kali (fasal 12:3).
c) Mencuri yang cukup kadarnya, hukumannya ialah dipotong tangan (fasal 11:1).
d) Minum arak, hukumannya ialah sebat 40 kali (fasal 42).
e) Murtad, hukumannya ialah bunuh setelah disuruh bertaubat tetapi enggan melakukannya (fasal 36:1).
Selain dari perkara-perkara di atas hukuman hudud juga dipakai kepada kesalahan merompak(46), menderhakai pemerintah yang adil.(47), dan meninggalkan sembahyang.(48)
Hukuman ta'zir pula dipakai terhadap kesalahan mencuri yang gugur hukum hudud(49), bercumbuan (50), menuduh kafir zimmi dan hamba melakukan zina (51), fitnah(52), berjudi (53), dan penyaksian palsu (54)
Selain daripada undang-undang jenayah, undang perekonomian, undang-undang keluarga, undang-undang keterangan dan acara juga diperuntukkan dalam undang-undang Melaka.(55)
Mengenai undang-undang komersial kaedah-kaedah asas seperti persetujuan bersama membeli dan menjual, identiti barang-barang, kebankrapan dan hutang-hutang dinyatakan juga dalam kanun Melaka.(56)
Keistimewaan Kanun Melaka ini bukan sahaja cuba menyesuaikan elemen-elemen Islam dengan elemen-elemen tempatan malahan mukaddimahnya dimulai dengan memuji Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Mukaddimahnya berbunyi seperti berikut:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Seru Sekalian Alam dan kesejahteraan bagi mereka yang percaya kepada Allah, dan selamat serta salam bagi utusanNya Saiyidina Muhamad dan seluruh keluarganya dan sahabat-sahabatnya.(57)
Dari perbincangan di atas jelas kepada kita bahawa tidak banyak perubahan telah dibuat terhadap status dan kedudukan undang-undang Islam semenjak merdeka hingga sekarang. Bidangkuasa Mahkamah Syariah masih sama seperti mana sebelumnya. Pindaan Perlembagaan pada tahun 1988 tidak memperluaskan skop undang-undang Islam tetapi hanya memisahkan mahkamah sivil dan Mahkamah Syariah. Perluasan skop undang-undang Islam ini mungkin juga tidak begitu bermakna jika masih lagi tidak terdapat peruntukan undang-undang mengenai perkara-perkara yang mana Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa. Contohnya, semua enakmen negeri-negeri tidak mempunyai peruntukan-peruntukan mengenai mualaf (58) Sekiranya dibandingkan dengan kedudukan undang-undang Islam di zaman Kerajaan Melayu Melaka, kita dapati undang-undang di dalam Kanun Melaka adalah lebih luas skopnya kerana undang-undangnya tidak terhad kepada undang-undang diri dan keluarga sahaja malahan meliputi undang-undang jenayah, ekonomi dan juga komersial.(59)
Bukan itu sahaja malahan hukuman-hukuman dalam undang-undang jenayahnya lebih menepati hukum syara' dimana hukuman-hukuman yang dikenakan berdasarkan qisas, hudud dan ta'zir.(60)
Kemasyhuran dan kegemilangan Melaka di zamannya adalah berkat dari perlaksanaan undang-undang Islam secara yang sepatutnya. Benarlah seperti kata Saiyidina Omar Al-Khattab Khalifah Islam:
Kita adalah satu umat yang mana akan ditimpa kehinaan kerana meninggalkan Islam dan akan mendapat kemuliaan kerana mengambil dan melaksanakan Islam(61)

Adakah perlunya suatu referendum?

Wallah Waq’lam.

--------------------------------------------------------------------------------
Nota Kaki

1. KDN V JAMALUDDIN BIN OTHMAN @ Jesus Jamaluddin[1989] 1 MLJ 418

2. op.cit

3.Section 8(1),Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
(Sehingga 1hb.Ogos 2002) (Akta 82) ILBS

4. Per.11 Perlembagaan Persekutuan
(Sehingga 5hb.April 2005) ILBS

5. LINA JOY V MUIS WILAYAH PERSEKUTUAN [2005] 6 MLJ 193

6. Kaliammal a/p Sinnasamy v JA Wilayah Persekutuan [2006] 1 MLJ 685

5.Perlembagaan Persekutuan (Sehingga 5hb.April 2005) ILBS

6. ibid. *dipinda pada tahun 1988

7 . Mohammad Habibullah v Faridah bte Dato Talib (1992) 2 MLJ 793

9.’Powers and Jurisdiction of Shariah Court in Malaysia’
Farid Sufian Shuaib Malayan Law Journal 2003 m.s 58


10.Md.Hakim Lee v Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (1998) 2 MLJ 681

11.Soon Singh a/l Bikar Singh v PERKIM Kedah (1999) 1 MLJ 489

12. Lim Chan Seng v Pengarah,Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (1993) 2 MLJ 166

13.Jadual Ke-9 Senarai Negeri,Pelembagaan Persekutuan ILBS

14.Perkara 4(1) dan Per. 4(3)

15.Che Omar Che Soh v PP (1988) 2 MLJ 55
16.’ Powers and Jurisdiction of Shariah Court In Malaysia’
-Farid Sufian Shuaib MLJ 2003 ms.107

17. Sek. 27 Akta Kesalahan Jenayah Shariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
18. Surah As-Saba ayat 28

19.’The Islamic Law and Constitution’
-Sayyid Abul A’la Maududi Islamic Publication 10th.edition 1990 m.s332


20.Surah An-Nisa ayat 59

21.’Almanac of American’s War’ John S.Bowman Mallard Press 1990

22. Surah AL Maidah ayat 8.

23. Teoh Eng Huat v Kadi,Pasir Mas,Kelantan (1990) 2 MLJ 300

24. Ng Siew Pian v Abd.Wahid bin Abu Hassan (1992) 1 MLJ 425

25. Sek.3(3),Sek.51 Law Reform (Marriage and Divorce)Act1976

26. Sek 46(1),Sek 46(2) AUKI(WP)1984(Akta 303)

27. ‘Pembubaran Perkahwinan Mengikut Fiqh dan Undang-Undang Keluarga Islam”
-Salleh Ismail DBP 2003 m.s 101



28. [2006] 1 MLJ 685 SAMAN PEMULA NO R124102 TAHUN 2005
MAHKAMAH TINGGI (KUALA LUMPUR)

29.Surah Al Hujuraat ayat 14.

30.Surah Ali-Imran ayat 85

31. ‘ALIRAN’ Vol.25 No.11/12 ISSN 0127 – 5127, 2005

32. op.cit

33.Surah An Nisa ayat 135

34.Sek.244 Akta Tatacara Mal Mahkamah Shariah (Wilayah Persekutuan)1998

35. LINA JOY V MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
[2005] 6 MLJ 193 CIVIL APPEAL NO W-01-29 OF 2001


36. KAMARIAH BTE ALI v KERAJAAN NEGERI KELANTAN
[2005] 1 MLJ 197 RAYUAN SIVIL NO 01-7 TAHUN 2002(D) 01-10

37.’ Admistrative Law of Malaysia and Singapore’
M.P Jain MLJ 1989 2ND.edt. m.s 338
** Per 8(1) hak ke samarataan’ semua orang adalah sama disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang


38. obiter dicta. (2005) 6 MLJ 193

39. Surah Kafirun ayat 1-6

40. PHANG CHIN HOCK V PUBLIC PROSECUTOR [1980] 1 MLJ 70

41. Kesavananda Bharati v State of Kerala [1973] SCR Supp 1,AIR 173 SC 1461


42. ibid. [1980] 1 MLJ 70

43. Dato Menteri Othaman Bin Baginda v Dato Ombi Syed Alwi bin Syed Idrus
[1981] 1 MLJ 29 FC
43. Liaw Yock Fang, ‘Undang-undang Melaka’, The Hague: Martinus Nijhoff, 1976. Perbincangan-perbincangan dari nota kaki 44 hingga 53 adalah berdasarkan makalah yang ditulis oleh Hamid Jusoh, Pemakaian Undang-undang Islam Kini dan Masa Depannya di Malaysia, Al-Ahkam Jilid I, Undang-undang Malaysia Kini, cetakan pertama, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990. m.s 63 -65.

44. Undang-undang Melaka, fasal 16.3, fasal 21.1 dan fasal 19.

45. Ibid., fasal 8:2.

46. Ibid., fasal 43:6.

47. Ibid., fasal 43:2 dan 5.

48. Ibid., fasal 36:2.

49. Ibid., fasal 11

50. Ibid., fasal 43:5

51. Ibid., fasal 41

52. Ibid., fasal 41 dan 41:5

53. Ibid., fasal 43:7

54. Ibid., fasal 36.

55.’Pemakaian Undang-undang Islam Kini dan Masa Depan nya di Malaysia’ Hamid Jusoh op.cit., m.s 65-66.

56.’The Oriental Text: with special reference to the Undang-undang Melaka and Malay Law, Malaysian Legal Essays ‘ M.B Hooker, A collection of Essays in honour of Professor Emeritus Datuk Ahmad Ibrahim, Malayan Law Journal Pte. Ltd. Singapore, Kuala Lumpur, 1986. m.s 436.

57. Ibid., m.s 442

58. Dalip Kaur w/o Gurbux Singh dan Pegawai Polis Daerah(OCPD). Bukit Mertajam & Anor. [1991] 3 CLJ 2768 m.s 2773.

59. Supra., nota-nota kaki 42-54.

60. Supra., nota-nota kaki 43-53.

61. ‘Al Farooq - Life of Umar The Great’
-Shamss-ul Ulama Allama Shibli Nu’Mani Muhammad Ashraf Pub. Vol .1 1995





Bahan Rujukan.
1. Al-Syariah Jilid3 ‘Undang-Undang Keterangan Islam ‘ DBP 2006
2. Ahmad Ibrahim,Prof. ‘Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Malaysia’ -IKIM 1997
3. YAA Dato Abd.Hamid Hj.Mohammad ‘Sistem Kehakiman dan Perundangan di Malaysia:Saru Wawasan membincang kan kedudukan undang-undang sivil dan Mahkamah shariah di Malaysia dan kemungkinan penyatuan kedua-dua mahkamah’ (2001) 4MLJ 180
4. Hairuddin Megat Latif ‘Status dan Kedudukan Undang-Undang Islam di Malaysia Sehingga Kini’ (1992) 2 CLJ iii
5. ‘The Sultan Azlan Shah Law Lectures’ Judges On The Common Law - Editor Visu Sinnadurai Thomson Sweet and Maxwell 2004.
6. Farid Suffian Shuaib,Tajul Aris Ahmad Bustami & Mohd Hisham Mohd Kamal ‘Admistration of Islamic Law in Malaysia –Text and Material’ MLJ 2001.

7.‘Apostasy and Religious Freedom: Constitutional Issues Arising from the Lina Joy Litigation
Dr Thio Li-ann PhD (Cambridge); LLM (Harvard), BA Hons (Oxford) Barrister, (Gray's Inn, UK) Associate Professor, Faculty of Law, National University of Singapore
[2006] 2 MLJA 1

8.’ PERTUKARAN AGAMA: HAK PENJAGAAN ANAK-
ISU DAN MASALAH ‘- Noor Aziah Haji Mohd Awal [2004] 3 MLJA 34

9.’The Concept of Islamic State With Particular Reference to Treatment of Non-Muslim Citizen’ - Muhammad Abd.Rauf,Prof. JAKIM 1988

10.’On The Political System of The Islamic State’
– Muhammad S.El-Awa,Prof American Trust Publication 1978

Binding Precedent atau Stare Decisis


Pengenalan

Seperti juga negara lain yang mengamalkan sistem common law, di Malaysia undang-undang bukan sahaja boleh didapati di dalam statut tetapi juga keputusan-keputusan mahkamah. Dengan kata lain keputusan mahkamah adalah merupakan sumber undng-undang di Malaysia.

Apabila seseorang hakim memberi keputusan di mahkamah, dia bukan sahaja menyelesaikan kes di hadapannya tetapi dia telah meletakkan prinsip-prinsip perundangan yang menjadi asas keputusannya. Mahkamah yang kemudiannya mesti mengikuti dan mengguna pakai prinsip perundangn tersebut.[1]

“Precedent” suatu prinsip undang-undang yang dicipta melalui keputusan mahkamah, yang mana sebagai contoh atau otoriti kepada para hakim untuk diambil kira dalam menyelasaikan kes dan menolong dalam menafsir
[2] kes yang sama dari segi isu kemudiannya. Secara umumnya keputusan mahkamah yang lebih tinggi mengikat keputusan mahkamah yang lebih rendah[3]. Walaupun hakim tersebut mengetahui keputusan tersebut adalah bodoh.

“Stare decisis” (sebutan bahasa Latin: [ˈstareː ˈdekisis], sebutan bahasa Inggeris: [ˈstaːɹi dəˈsaɪsɪs], "untuk mengikut apa yang telah diputuskan") (lebih panjang, "stare decisis et non quieta movere") adalah satu perkataan undang-undang dalam bahasa Latin, yang digunakan dalam common law untuk menerangkan tanggapan bahawa keputusan mahkamah yang dahulu mesti diterima sebagai mengikat menurut undang-undang kes.

Manakala mengikut kamus undang-undang menta’rifkan “Stare decisis” sebagai:

To stand by decided matters. (Stare decisis et non quieta movere= to stand by precedent and not to disturb settled points).Doctrine according to which previous judicial must be followed
[4]. The trial court cannot ignore the presedent (even when the trial judge believes it is “bad law”[5]

Doktrin ini tidak diterima dalam bidang kuasa sistem perundangan sivil kerana ia dikatakan melanggar hak para hakim menafsir undang-undang dan hak legislatif membuat undang-undang. Kebanyakan sistem sebegini walau bagaimanapun mengiktiraf konsep jurisprudence constante yang mengemukakan argumentasi bahawa walaupun para hakim bebas dalam membuat keputusan, mereka haruslah membuat keputusan itu dalam cara yang boleh dijangka dan tidak mendatangkan huru-hara. Oleh demikian, hak para hakim untuk menafsir undang-undang tidak bermakna tiadanya sejumlah kecil undang-undang kes terpilih yang mesti dirujuk semasa menbuat keputusan dalam sesuatu kes
[6].

Prinsip


Prinsip stare decisis boleh dibahagikan mengikut dua komponen:

Pertamanya merupakan peraturan bahawa satu keputusan yang dibuat oleh mahkamah tinggi[7] adalah duluan mengikat yang mahkamah rendah tidak boleh batalkan.

Keduanya merupakan prinsip yang satu mahkamah tidak seharusnya membatalkan suatu keputusan yang dibuat oleh dirinya sendiri
[8] pada suatu ketika dahulu kecualilah apabila terdapat satu alasan kuat untuk berbuat demikian. Prinsip kedua ini lebih berbentuk nasihat yang boleh dan sememangnya diketepikan mahkamah dari masa ke semasa.

Stare decisis secara menegak


Secara am satu sistem common law mempunyai mahkamah perbicaraan, mahkamah rayuan dan mahkamah tinggi[9]. Mahkamah-mahkamah rendah mentadbirkan kebanyakan keadilan seharian. Mahkamah-mahkamah ini juga dimestikan mengikut duluan yang diputuskan mahkamah rayuan untuk bidang kuasa mereka dan mahkamah tinggi.

Mahkamah rayuan hanya dimestikan mengikut keputusan mahkamah tinggi. Aplikasi doktrin stare decisis dari satu mahkamah tinggi pada mahkamah rendah kadangkala dirujuk sebagai stare decisis secara menegak
[10].

Stare decisis secara mendatar


Dalam sistem kehakiman persekutuan Amerika Syarikat, mahkamah rayuan perantaraan dibahagikan mengikut "litar". Setiap panel hakim mesti mengikut capaian keputusan dalam kes rayuan yang terdahulu. Duluan mahkamah rayuan Amerika Syarikat hanya boleh ditolak oleh mahkamah en banc, iaitu satu sidangan kesemua hakim rayuan aktif litar berkenaan, atau Mahkamah Agung Amerika Syarikat.

Apabila satu mahkamah mengikat dirinya, aplikasi doktrin duluan ini kadangkala dipanggil stare decisis secara mendatar. Negeri New York mempunyai struktur rayuan yang serupa kerana ia terbahagi dalam empat jabatan rayuan yang diselia oleh mahkamah rayuan tertinggi Negeri New York. Keputusan satu jabatan rayuan tidak mengikat jabatan lain, dan dalam sesetengah kes jabatan -jabatan berkenaan mempunyai perbezaan secara signifikasi dalam perkara-perkara asas undang-undang[11].

Tempat rayuan terakhir


Mahkamah tertinggi United Kingdom iaitu House of Lords tidak perlu mengikut keputusan lepasnya sendiri sehingga kes London Street Tramways lwn London County Council[12]. Selepas kes ini sebarang perubahan pada undang-undang berkenaan sesuatu perkara hanya boleh dipinda oleh Parlimen melalui statut.

Situasi ini berubah selepas pengeluaran Penyataan Pengamalan pada tahun 1966. Ia membenarkan House of Lords meminda undang-undang Inggeris bersesuaian peristiwa semasa. Dalam kes R lwn G & R pada tahun 2003 House of Lords menolak keputusannya dalam kes Caldwell 1981 yang telah membenarkan dirinya mendirikan mens rea ("minda yang bersalah") dengan menyukat kelakuan seseorang defendan berbanding "seorang waras" dengan tidak mengira keadaan sebenar minda defendan itu
[13].

Walau bagaimanapun, Penyata Pengamalan amat jarang diaplikasi House of Lords dan hanya digunakan sebagai pilihan terakhir. Dari tahun 2005 House of Lords menolak keputusannya yang terdahulu tidak lebih daripada 20 kali kerana bimbang penggunaannya secara berlebihan akan memperkenalkan ketidakpastian dalam undang-undang. Dalam R v Kansal
[14] umpamanya majoriti ahli House of Lords berpendapat bahawa R v Lambert[15] (kes terdahulu) diputuskan secara tidak betul akan tetapi tidak mahu menolak keputusan terdahulu mereka[16].


Aplikasi pada sistem perundangan Inggeris dan Malaysia


Doktrin duluan mengikat atau stare decisis amat penting kegunaannya pada sistem perundangan Inggeris. Satu duluan merupakan kenyataan yang dibuat oleh seorang hakim dalam membuat sesuatu keputusan. Doktrin ini menyatakan bahawa satu keputusan yang dibuat oleh satu mahkamah atasan akan mengikat mahkamah-mahkamah bawahan. Ini bermakna apabila para hakim membicarakan satu kes mereka akan cuba mencari sama ada satu kes yang mempunyai fakta yang sama telah diputuskan oleh mahkamah yang lebih tinggi atau sama statusnya terlebih dahulu dan sekiranya ada maka hakim berkenaan harus mengikuti kata putus dalam kes itu sebagai duluan yang telah diputuskan[17]. Jika terdapat satu duluan dalam mahkamah yang lebih rendah, hakim berkenaan tidak perlu mengikutinya akan tetapi mungkin menimbangkannya. House of Lords di England tidak perlu mengikut duluannya sendiri dan begitulah juga keadaannya dengan mahkamah persekutuan di Malaysia, yang merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia[18].

Hanya kenyataan undang-undang mengikat, dan ini dikenali sebagai sebab keputusan atau dalam istilah bahasa Latin, ratio decidendi. Kesemua alasan lain yang tidak penting dikenali sebagai obiter dictum
[19] (atau obiter dicta sekiranya lebih daripada satu). Lihat kes Rondel lwn Worsley[20]. Satu duluan tidak mengikat satu mahkamah sekiranya ia didapati bahawa terdapat kurangnya perhatian dalam pengendalian kes itu ("Per Incuriam") sebagai contoh jika tiada provisi statut atau duluan lain yang dibawa dan diimbangi mahkamah dalam kes berkenaan. Jika mahkamah mendapati bahawa terdapat perbezaan material antara kes-kes maka ia boleh memilih untuk tidak mengikut duluan[21]. Duluan menyakini pula merupakan mereka yang diputuskan oleh mahkamah-mahkamah rendah atau asing, dan mungkin menyakini tetapi tidak mengikat dalam pengaplikasian mereka. Perkara yang paling penting merupakan fakta bahawa duluan boleh ditolak oleh satu keputusan mahkamah yang lebih tinggi atau satu Akta parlimen. Keputusan kehakiman bersifat kebelakangan, manakala Akta parlimen sentiasa bersifat kedepanan kecualilah dinyatakan sebaliknya[22].

Situasi terakhir ini merupakan masalah sistem duluan yang paling besar dalam pada bahawa sekiranya satu mahkamah yang tinggi menolak satu duluan yang berusia, maka kemungkinan amat besar bahawa banyak kes yang didasarkan duluan berkenaan akan kembali ke mahkamah. Justeru itu, kebarangkalian satu duluan ditolak semakin kurang mengikut usianya.

Bagaimana para hakim menafsir duluan


Terdapat empat peraturan di mana para hakim di United Kingdom dan Malaysia guna dalam menafsir undang-undang dan ini disenaraikan di bawah sebagai bantuan kebiasaan yang satu hakim punyai, termasuk akses ke semua kes lalu, di mana satu duluan diputuskan dan satu kamus bahasa Inggeris atau bahasa Melayu yang bagus.

Rukun atau kaedah Harafiah (literal)

Hakim seharusnya berlaku seperti kata perundangan berbanding cuba melakukan apa yang ia maksud, iaitu hakim seharusnya menggunakan maksud harian untuk kata-kata, sekalipun jika ini menjadikan keputusan yang tidak adil atau tidak dikehendaki. Satu contoh yang baik masalah kaedah ini adalah R v Maginnis (1987) dalam mana beberapa hakim menemui beberapa maksud berbeza perkataan "menyediakan" (supply).

Rukun atau kaedah Emas (golden)

Digunakan apabila pengaplikasian rukun harafiah akan menjadikan keputusan yang tidak logik. Mahkamah seharusnya menemui kesusuhan yang nyata sebelum menolak penggunaan rukun harafiah. Terdapat dua cara di mana Rukun Emas boleh diaplikasi;

a) Pengertian sempit

Apabila terdapat dua maksud berlawanan terhadap satu perkataan yang digunakan dalam satu provisi perundangan ataupun ia mempunyai maksud samaran. Dalam kes sebegini, maksud yang lebih logik digunapakai. Sebagai contoh dalam kes Adler lwn George (1964) defenden telah didapati bersalah dibawah Akta Rahsia Rasmi 1920 dan mahkamah memutuskan untuk tidak mengikuti maksud harafiah ayat-ayat Akta berkenaan.

b) Pengertian luas

Versi rukun emas ini digunakan hanya apabila terdapat satu cara di mana undang-undang yang diaplikasi boleh ditafsirkan. Sebagai contoh, apabila penggunaan Rukun Harafiah akan membawa maksud tidak logik. Sebagai contoh Re Sigsworth (1935).

Rukun Nakal atau kaedah kemudaratan (The Mischief Rule)

Merupakan kaedah yang paling fleksibel antara kaedah-kaedah lain yang berasal daripada Kes Heydon (Heydon's Case (1584)) kerana ia membenarkan pengaplikasian tujuan satu statut berbanding apa yang terkandung dalam statut berkenaan. Sebagai contoh dalam kes Corkery lwn Carpernter (1950) yang berkenaan satu lelaki yang didapati mabuk dalam pengawasan satu gerabak, meskipun dia hanya mempunyai satu basikal.

Sebagai tambahan kepada keempat-empat peraturan ini terdapat tiga lagi peraturan yang kurang penting, iaitu Ejusdem generis (penggunaan perkataan am seperti "kucing, anjing dan perkataan-perkataan lain" bermaksud haiwan belaan), Expressio unius est exclusio aleterius (kenyataan satu atau lebih perkara membawa makna pengecualian kesemua yang lain) dan Noscitur a sociis (satu perkataan mesti mengambil makna daripada konteks di mana ia dijumpai).

Pengelakan


Meskipun mahkamah-mahkamah rendah diikat oleh duluan mahkamah lebih tinggi secara teorinya, dalam realiti para hakim kadangkala cuba untuk mengelak duluan dengan membezakan mereka atas alasan-alasan remeh. Juga, rayuan satu keputusan yang tidak mengikut duluan mungkin tidak berlaku kerana kos perbelanjaan berbuat sedemikian akan melumpuhkan keupayaan pihak yang kalah membuat sedemikian. Maka keputusan mahkamah rendah mungkin berdiri meskipun ia tidak mengikut keputusan mahkamah atasan oleh sebab satu-satunya cara satu keputusan boleh dirayui adalah dengan permohonan salah satu daripada pihak-pihak yang terikat padanya.
Kadangkala juga satu hakim akan melafazkan rasa tidak setujunya terhadap keputusan-keputusan duluan yang dibuat mahkamah atasan akan tetapi harus mengikutinya oleh sebab duluan mengikat. Notakan juga yang duluan mengikat adalah berbeza dengan stare decisis yang merupakan keputusan mahkamah-mahkamah lateral, rendah, atau mahkamah yang sama, dan membolehkan pembezaan berdasarkan "alasan yang kukuh"[23]

Kepincangan


Di Amerika Syarikat, stare decisis boleh berinteraksi dalam cara yang berlawanan dengan sistem mahkamah persekutuan dan sistem mahkamah negeri. Dalam satu isu undang-undang persekutuan, satu mahkamah negeri tidak terikat dengan pentafsiran undang-undang persekutuan pada peringkat daerah atau litar tetapi terikat dengan pentafsiran Mahkamah Agung Amerika Syarikat. Dalam pentafsiran undang-undang negeri, sama ada ia merupakan common law atau undang-undang statut, mahkamah persekutuan terikat dengan pentafsiran mahkamah negeri tertinggi negeri berkenaan, dan biasanya perlu merujuk duluan mahkamah menengah negeri juga[24].

Mahkamah boleh memilih untuk mengikut duluan bidang kuasa lain, tetapi ini bukan aplikasi doktrin stare decisis kerana keputusan asing tidak mengikat. Satu keputusan asing yang diikut atas sebab kemunasabahannya digelar autoriti berpengaruh
[25] — sekaligus menandakan bahawa pengaruhnya terhad kepada alasan yang dikemukakannya.

Stare decisis dalam sistem perundangan sivil


Stare decisis tidak lazim digunakan dalam sistem perundangan sivil kerana ia melanggar prinsip yang hanya legislatif boleh membuat undang-undang. Dalam teori, mahkamah rendah tidak terikat dengan duluan yang ditetapkan mahkamah tinggi. Walau bagaimanapun dalam realiti keperluan untuk kesinambungan dalam undang-undang memerlukan pengaplikasian duluan oleh mahkamah-mahkamah rendah dan dalam bidang kuasa undang-undang sivil mahkamah tingginya sebagai contoh Cour de cassation dan Conseil d'État di Perancis diiktiraf sebagai badan-badan kuasi-legislatif.

Doktrin stare decisis juga mempengaruhi bagaimana keputusan mahkamah disusun. Secara amnya, keputusan mahkamah dalam bidang kuasa common law amat panjang dan menerangkan secara terperinci bagaimana satu keputusan dicapai. Ini berlaku untuk menjustifikasikan satu keputusan berdasarkan undang-undang kes terdahulu disamping menyenangkan penggunaannya sebagai duluan dalam kes-kes masa depan.

Keadaan ini boleh dibandingkan dengan sususan mahkamah dalam bidang kuasa undang-undang sivil (antara yang paling prominen merupakan Perancis) yang pendek dan menotakan perundangan yang relevan serta tidak terus berhujah tentang bagaimana satu keputusan dicapai. Ini adalah keputusan pandangan teori yang menyatakan bahawa suatu mahkamah hanya mentafsirkan pandangan legislatif dan penerangan terperinci tidak perlu. Oleh sebab ini, kebanyakan penerangan mengenai undang-undang tidak dilakukan oleh para hakim, malah sebaliknya cendiakiawan-cendiakiawan akademik undang-undang yang membuat keterangan.

Dalam bidang kuasa undang-undang lain, seperti bidang kuasa Jerman, pandangan mahkamah lebih panjang daripada yang terdapat di Perancis dan mahkamah sering memetik keputusan kes-kes lepas dan tulisan akademik. Walau bagaimanapun, sesetengah mahkamah seperti mahkamah-mahkamah Jerman tidak menekankan fakta-fakta kes tetapi sebaliknya lebih mengambil berat mengenai argumentasi doktrin dan mencari pentafsiran undang-undang yang betul dan benar.

Ketulenan dan stare decisis


Ketulenan, iaitu doktrin yang menyatakan bahawa pengertian penulisan sesuatu teks mesti diaplikasi, merupakan satu lawan kepada stare decisis, tetapi tidak semestinya secara menyeluruh. Seperti yang dinotakan di atas, "Stare decisis tidak lazimnya merupakan satu doktrin yang digunakan dalam sistem undang-undang sivil kerana ia melanggar prinsip yang hanya legislatif berhak membuat undang-undang"; Hakim Antonin Scalia dalam bukunya A Matter of Interpretation (Suatu hal pentafsiran) yang Amerika merupakan satu negara undang-undang sivil dan bukannya negara common law dan dengan ini, para pemikir ketulenan tidak suka mengunapakai duluan apabila ia bertentangan dengan perlembagaan. Meskipun begini, Ketulenan adalah satu teori penafsiran berbanding pembinaan, dan masih terdapatnya ruang dalam pemikiran pentulen untuk stare decisis; apabila pengertian literal boleh membawa kepada maksud-maksud alternatif, keputusan lepas lazimnya dilihat sebagai satu panduan yang absah, dengan alasan bahawa ia tidak boleh menyangkal apa yang dikatakan oleh teks tulen[26].

Sesetengah pemikir ketulenan pergi dengan lebih jauh lagi. Dalam perbicaraan pengesahannya, Hakim Clarence Thomas menjawab soalan daripada Senator Strom Thurmond akan kesediaannya menolak satu duluan:

Saya berpendapat yang menolak satu kes atau menimbang semula satu kes adalah satu perkara yang berat. Semestinya, anda mestilah berpendapat yang satu kes itu diputuskan secara salah, tetapi saya fikir itupun tidak mencukupi. Stare decisis memberi lanjutan kepada sistem kita, ia memberikan kepastian, dan dalam prosis pembuatan keputusan dari satu kes ke satu kes, saya fikir ia satu konsep yang amat penting dan kritikal. Satu hakim yang hendak menimbang semula satu kes punyai beban yang ia bukan sahaja tidak langsung, tetapi ia perlu, dalam situasi berkenaan, dalam penglihatan stare decisis, untuk membuat langkah tambahan sedemikian
[27].

— Clarence Thomas (1991),

Kemungkinan beliau telah mengubah pendiriannya, atau terdapat satu badan besar kes yang memerlukan "langkah tambahan sedemikian" tidak pedulikan doktrin itu; mengikut Scalia, "Clarence Thomas langsung tidak mempercayai doktrin stare decisis. Jika satu autoriti perlembagaan salah, dia akan berkata, marilah kita betulkannya."
[28]

Kebaikan dan keburukan


Terdapat banyak perbincangan mengenai kebaikan dan keburukan pengunaan undang-undang kes dibawah sistem sebegini. Penyokong sistem ini seperti pengurang berpendapat yang pengikutan sistem duluan membuatkan keputusan "boleh diramal". Sebagai contoh, satu peniaga boleh dijamin keputusan yang menyelelahinya sekiranya fakta kesnya sama dengan fakta kes satu peniaga yang berjaya dalam satu kes lalu. Para pembangkang pula berpendapat yang sistem sebegini tidak demokratik kerana ia membenarkan para hakim yang tidak dipilih membuat undang-undang, atau bahawa ia memelihara kes-kes yang salah keputusannya. Satu balasan kepada bangkangan ini adalah jika legislatif ingin mengubah undang-undang kes (berlainan dengan pentafsiran perlembagaan) dengan statut, ia boleh berbuat sedemikian. Pengkritik kadangkala menuduh sesetengah hakim dengan pengaplikasian doktrin secara rawak, dengan meluluskan duluan yang dipersetujuinya, dan membiarkan duluan yang tidak dipersetujui.


[1] Mohamed Fazli Hj Hassan.2007.keputusan mahkamah yang mengikat (slide). DAIJ 2007/2008.Pusat Undang-undang Harun M. Hashim, UIAM.
[2] http://www.danataschner.com/precedent.html
[3] http://www.lectlaw.com/def2/p069.htm
[4] Sherman.1998.dictionary of law. K.Lumpur – Golden Book centre Sdn.Bhd.
[5] http://members.lycos.co.uk/lawnet/PRECED.html.
[6] http://ms.wikipedia.org/wiki/Stare_decisis
[7] Ahmad Ibrahim, Ahilemah Joned.1985. Sistem Undang-undang di Malaysia. K.Lumpur – Dewan Bahasa & Pustaka. Cetakan ketiga (edisi 2) 2005. p 104.
[8] Ibid.
[9] Abdul Aziz Hussein.2002. Memperkenalkan Undang-undang. K.Lumpur-DBP. Cet 2. p 13.
[10] Wan Arfah Hamzah, Ramy Bulan. 2003. An introduction to the Malaysian legal system. Selangor - Fajar Bakti Sdn.Bhd. p.71.
[11] http://ms.wikipedia.org/wiki/Stare_decisis.
[12] [1898] AC 375
[13] Gary Slapper & David Kelly.1994. The English Legal System. Great Britain-Cavendish Publishing Ltd. 6th ed.2003. p 74.
[14] [2002] 2 AC 69.
[15] [2001] 1 All ER 1014.
[16] Catherine Elliot & Frances Quinn.1996.English Legal System. England-Peason Education Ltd. 7th ed 2006.p 11.
[17] John N Adams & Roger Brownsword.1992.Understanding Law. London-Sweet & Maxwell Ltd. 3th ed 2003. p 136.
[18] Ahmad Ibrahim, Ahilemah Joned.1985.op cit. p 105.
[19] Glanville Williams.1945. Mempelajari Undang-undang. K.Lumpur-International Law Book Services. 2nd ed 1995. p 91.
[20] (1969) 1 AC 191
[21] John H.Farrar & Anthony M.Dugdale.1941. Introduction to Legal Method.London-Sweet & Maxwell. 3th ed. P107-108.
[22] http://ms.wikipedia.org/wiki/Stare_decisis
[23] lihat Hilton v.s. Carolina Pub. Rys. Cmsn.m 502 U.S. 197, 202, 112 S. Ct. 560, 565 (1991).
[24] Gary Slapper & David Kelly.1994. op.cit. p 75.
[25] Contoh-contoh autoriti berpengaruh seperti yang dinyatakan oleh Jacqueline Martin: keputusan mahkamah bawah dalam satu hirarki, keputusan Majlis Privy, kenyataan Obiter dicta dan keputusan mahkamah negeri lain.
[26] Untuk perbahasan lanjut tentang Originalism sila rujuk Jack N.Rakove.1996. Original Meanings, Politics and Ideas in the Making of Constitution. New York – Alfred A. Knopf. Keith E. Whittington. 1999. Constitution Interpretation: textual meaning, Original Intent and Judicial Review. Kansas – University Press of Kansas.
[27] [U.S.] Senate Confirmation Hearings. qtd. in On the Issues "Clarence Thomas on Abortion: Overruling previous cases is a very serious matter." Accessed 20:37, 22 September 2005 (UTC).
[28] Ringel, Jonathan (2004). "The Bombshell in the Clarence Thomas Biography". Fulton County Daily Report